home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kenali 5 Jenis Ubat yang Biasa Diberikan kepada Pesakit Autisme

Kenali 5 Jenis Ubat yang Biasa Diberikan kepada Pesakit Autisme

Rawatan terhadap autisme terdiri daripada ubat-ubatan dan terapi. Walaupun ubat tidak boleh menyembuhkan simptom utama autisme, ia boleh menghalang masalah yang berkaitan daripada berlaku seperti, membahayakan diri sendiri. Di sini merupakan ubat-ubatan yang digunakan oleh perubatan moden bagi pesakit autisme.

Selective Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRIs)

Selective Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRIs) adalah ubat yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang dilanda kemurungan (apabila anak anda berasa kecewa selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan), keresahan, dan tingkah laku obsesif. Ubat-ubatan ini termasuklah sertraline, citalopram, dan fluoxetine.

Walaupun begitu, ubat ini mempunyai beberapa kesan sampingan seperti insomnia (masalah tidur yang serius), berat badan bertambah yang tidak dirancang dan kerisauan yang menjadi-jadi. FDA (The U.S Food and Drug Administration) telah berjaga-jaga tentang kaitan di antara kes bunuh diri dan ubat antidepresan (ubat merawat kemurungan). FDA tidak mengesyorkan supaya kanak-kanak autisme berhenti mengambil antidepresan, tetapi mereka mencadangkan supaya kanak-kanak yang menggunakan ubat ini dipantau. Sebarang tanda-tanda yang menunjukkan kecenderungan untuk membunuh diri sendiri haruslah diambil berat.

Tricyclics Antidepressants

Ubat ini adalah salah satu daripada ubat antidepresan yang digunakan untuk merawat kemurungan dan tingkah laku obsesif-kompulsif. Tricyclics mungkin mempunyai lebih banyak kesan sampingan tetapi tahap keberkesanannya melebihi SSRIs. Kesan sampingan tricyclics adalah sembelit, kering mulut, penglihatan kabur dan rasa loya.

Contoh-contoh tricyclics termasuklah protriptyline (Vivactil), nortriptyline (Pamelor), amitriptyline, amoxapine, imipramine (Tofranil), desipramine (Norpramin), doxepin, trimipramine (Surmontil).

Ubat antipsikotik

Ubat antipsikotik digunakan untuk mengurangkan masalah tingkah laku yang berkaitan dengan autisme dengan mengubah tindak balas kimia di dalam otak. Ubat ini sangat berkesan terhadap tingkah laku yang agresif dan berbahaya (sebagai contoh, anak anda cuba untuk bunuh diri atau melukakan diri sendiri). Di antara contoh ubat antipsikotik termasuklah haloperidol, risperidone, dan thioridazine. Ubat lain bagi antipsikotik adalah clonidine (Kapvay), guanfacine (Intuniv); lithium (Lithobid) dan antikonvulsan, seperti carbamazepine dan valproic asid.

Kesan sampingan ubat antipsikotik adalah menggeletar, berat badan bertambah dan rasa mengantuk. Ubat antipsikotik diberikan selepas kegagalan terapi tingkah laku untuk menbendung masalah perilaku. FDA mengambil berat tentang kaitan di antara membunuh diri, idea bunuh diri, dan ubat antikonvulsan. Meskipun begitu, mereka tidak mengesyorkan kanak-kanak yang menggunakan ubat antikonvulsan untuk berhenti, sebarang tanda-tanda bunuh diri haruslah dilaporkan.

Ubat untuk masalah tidur

Kanak-kanak autisme mungkin mempunyai masalah tidur seperti insomnia. Mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk tidur. Mereka juga mungkin bangun beberapa kali ketika di waktu malam. Mereka mungkin kelihatan keletihan, segar apabila bangun tidur dan rasa terganggu di siang hari. Ubat yang dikenali sebagai melatonin mungkin boleh membantu.

Ubat untuk ADHD

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) mungkin mempunyai kaitan dengan autisme. Kanak-kanak ADHD mungkin mempunyai simptom tingkah laku seperti hiperaktif, tidak boleh memberi tumpuan, dan suka mengikut gerak hati. ADHD mungkin boleh dirawat dengan ubat yang dipanggil methyphenidate.

Ubat-ubatan mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan masalah tingkah laku berkaitan dengan autisme. Walaupun begitu, ia mungkin tidak boleh membantu simptom autisme. Ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingan maka sebarang tanda-tanda amaran haruslah dilaporkan kepada doktor.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 29/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel