Bagaimana pesakit Akondroplasia didiagnosis?
Achondroplasia can be diagnosed during pregnancy and after your child is born.
Akrondoplasia boleh didiagnosis semasa hamil dan selepas anak dilahirkan.
Semasa hamil:
- Pengimejan ultrasound boleh mengesan karakteristik akrondoplasia seperti:
Hydrocefalus, atau kepala yang besar dari kebiasaan.
- Ujian genetic boleh ditempah dalam kes anda mengesyaki ada akrondoplasia menerusi penyampelan vilus korionik atau amniosentesis
Selepas bayi dilahirkan:
- Diagnosis akrondoplasia boleh dilakukan menerusi:
- Typical physical features.
- Rupa bentuk kebiasaan fizikal.
- X-ray, ultrasound, dan teknik pengimejan yang lain bagi mengukur saiz panjang tulang anak. Ujian darah bagi mencari gene FGFR3.
Bagaimana pesakit Akondroplasia dirawat?
Tiada rawatan spesifik bagi akondroplasia. Sekiranya mengalami masalah yang mengakibatkan akondroplasia, nyatakan isu ini pada doktor agar masa mencukupi bagi intervensi yang sesuai. Contohnya:
- Pembedahan bagi kes penyempitan teruk (stenosis) dan penekanan pada saraf tunjang.
- Pembedahan bagi rawatan untuk saraf tunjang bagi pesakit remaja.
- Prosedur ortopedik bagi pemanjangan tulang sendi dan pembetulan untuk kaki bengkung.
- Pembedahan (laminektomi lumbar) bagi merawat stenosis (penyempitan) tulang belakang.
- Peletakan salur (shunt) bagi saliran cecair lebihan dalam kes hidrocefalus.
- Antibiotic dan/atau tiub telinga untuk masalah infeksi telinga tengah (otitis media).
- Meluruskan gigi untuk mengelakkan gigi terhimpit (dental crowding).
- Pengawasan dan kawalan berat bagi mengawal obesity.
- Rawatan dengan hormon pembesaran manusia (human growth hormone) bagi meningkatkan kadar pembesaran tulang kanak-kanak.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Akondroplasia?
Gaya hidup di bawah dan rawatan sampingan mungkin boleh membantu anda berhadapan dengan akrondoplasia:
- Mengawal obesity.
- Mengikuti kumpulan sokongan.
- Mengekalkan pandangan positif tentang kehidupan dengan bersenam.
- Ingat bahawa akondroplasia hanya memberi kesan pada rupa fizikal anda. Kebijaksanaan anda adalah sama sepertimana orang lain.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen