Bagaimana keadaan pemakanan anak anda? Adakah dia makan dengan baik? Adakah anak anda aktif dari sudut fizikal? Adakah dia menjalani aktiviti luar yang mencukupi? Adakah anak anda menonton televisyen atau menggunakan Ipad? Berapa jam sehari? Soalan-soalan ini akan membantu doktor mengevaluasi pembesaran tingkah laku anak anda. Setiap anak membesar dan berkembang pada kadar yang berbeza. Doktor akan menentukan jika ank anda telah mencapai pencapaian perkembangannya (milestone). Sila berbincang dengan doktor tentang sebarang kebimbangan anda.
Apa yang harus saya katakan kepada doktor?
Anak anda mungkin sudah menerima semua vaksin yang diperlukan. Berikut adalah beberapa vaksin yang anda harus tahu:
- Vaksin difteria, tetanus, pertussis (DTaP): Jika anak anda masih belum mendapatkannya, dia akan mendapatkan dos ke 4 yang akan melindunginya dari difteria (penyakit yang menyebabkan lapisan tebal terbentuk di belakang tengkuk dan mengganggu pernafasan); tetanus (penyakit yang disebabkan oleh terdedah kepada bakteria yang dijumpai di dalam tanah, kotoran atau habuk); pertussis (juga dikenali sebagai batuk kokol) iaitu penyakit bakteria yang dicirikan dengan batuk yang teruk.
- Vaksin varicella (juga dikenali sebagai chicken pox): jika anak anda tidak mendapat suntikan ini pada temu janji yang lalu, dia akan mendapat dos pertama untuk melindunginya dari penyakit yang kerap berlaku dalam kanak-kanak ini yang boleh menjadi serius.
- Vaksin polia tidak aktif (IPV): jika anak anda masih belum mendapatnya, dia akan mendapat suntikan ke 3 dari empat dos IPV yang melindunginya dari polio iaitu sejenik penyakit vrius yang boleh menyebabkan kelumpuhan.
- Vaksin hepatitis B (HepB): Jika masih belum mendapatkannyam dua akan menerima dos ke-3 iaitu yang terakhir yang akan melindunginya dari penyakit hati yang digelar hepatitis B.
- Infuenza (juga dikenali sebagai selesema): Anak anda harus menerimanya setiap tahun dan jika temu janji ini berlaku pada musim selesema (yang kebiasaannya bermula sekitar Oktober atau November), anak anda akan diberi vaksin.
Apa yang diharapkan
Apa yang saya bimbangkan?
Selaran matahari (sunburn) di umur muda adalah berkemungkinan menyebabkan kanser kulit – dan semua kecederaan dari pendedahan matahari. Oleh itu, sila lindungi kulit anak anda semasa di luar tanpa mengira cuaca. Gunakan pelindung matahari, tutup dengan pakaian nipis, gunakan topi dan cermin mata hitam dan duduk di bawah bayang-bayang dalam kebanyakan waktu.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen