Pembesaran & Tingkah Laku
Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?
Anak anda kini berumur 17 bulan dan anda mungkin menyedari satu suara yang keluar dari anak anda. Ya, ia adalah suara menjerit. Sehingga kini, anda mungkin rasa bahawa anda sangat bertuah kerana tidak mempunyai anak yang suka menjerit. Percaya atau tidak, sekarang anda sudah mempunyai anak yang suka menjerit. Jangan risau kerana fasa ini tidak akan berkekalan. Anak anda sedang menerokai suaranya dan mencuba berapa tinggi suaranya boleh pergi. Dia mungkin suka perhatian segera yang didapatinya jika menjerit. Cara terbaik untuk mengendalikannya adalah dengan menghiraukannya. Semakin banyak anda memberikan perhatian, semakin suka dia menjerit.
Apakah yang anak saya patut bersedia untuk lakukan?
Semakin banyak otot lidah dan mulut anak anda berkembang, semakin bagus lafaz dan percakapan mereka. Bantu mereka dengan mengulangi apa yang mereka sebut. Contoh ini membetulkan sebutan dan membantu ayahnya serta orang lain yang tidak faham semasa mendengar. Dengan masa dan kesabaran, mereka selalunya akan dapat mengatasi situasi tersebut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen