home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Membantu Anak Anda Puasa

Tip Membantu Anak Anda Puasa

Anak anda tidak diwajibkan untuk berpuasa hinggalah mencapai usia akil baligh. Walau bagaimanapun, ramai kanak-kanak memilih untuk berpuasa pada bulan Ramadan. Oleh itu, ibu bapa perlu mempunyai tip untuk menjadikan puasa Ramadan mudah dan menyeronokkan kepada anak-anak mereka. Berikut ialah tip untuk memperkenalkan anak anda berpuasa buat kali pertama.

Bagaimana bersiap sedia untuk puasa Ramadan?

Penyediaan memainkan peranan penting dalam pengalaman puasa pertama kanak-kanak. Anda perlu memberi mereka pemahaman asas mengenai puasa, termasuk mengapa orang berpuasa dan apa yang mereka dapat daripada ibadah suci tersebut. Apabila anak anda memahami kepentingan puasa, mereka akan lebih termotivasi untuk berpuasa. Etika puasa termasuklah mengamalkan tingkah laku yang baik, menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, mengehadkan penggunaan bahasa yang menyinggung, berkongsi makanan dan solat jemaah bersama orang lain. Anda juga harus mengajar mereka tentang pentingnya waktu sahur dan waktu iftar.

Tip puasa untuk anak anda

Apabila Ramadan bermula, anak anda akan mengalami perubahan dalam rancangan makan dan juga tabiat tidur mereka selama sebulan. Ini pastinya bukan misi yang mudah. Oleh itu, kami dapatkan nasihat profesional daripada doktor pakar.

Tip 1: Pastikan anak-anak anda tidur lebih awal supaya mereka dapat bangun bersahur pada keesokan hari. Di samping itu, mendapatkan tidur yang mencukupi membolehkan anak anda memberi perhatian di sekolah.

Tip 2: Pastikan sahur yang anda sediakan untuk anak-anak anda mengandungi makanan sihat dan tinggi tenaga selain susu dan telur. Sediakan jus segar dan minuman sihat lain untuk anak-anak untuk membantu mereka mengelakkan dehidrasi. Jangan lupa untuk menambah buah-buahan dan sayuran ke dalam hidangan.

Tip 3: Jangan memaksa anak anda untuk bersahur. Tarik minat mereka dengan berkongsi cerita menarik sewaktu sahur seperti pengalaman sahur pertama anda.

Tip 4: Selepas sahur, izinkan anak anda tidur sebentar. Tidur lapan jam pada waktu malam dan tidur singkat pada waktu siang akan memudahkan mereka berpuasa.

Tip 5: Libatkan anak anda dalam aktiviti di siang hari untuk menjadikan Ramadan lebih menyeronokkan dan bermakna. Anda boleh menggalakkan mereka melakukan kerja amal seperti menyediakan tempat berbuka untuk keluarga dan rakan, solat jemaah atau memberi makan kepada golongan miskin.

Tip 6: Hadkan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga, seperti senaman intensif. Ini boleh membuatkan anak anda lemah dan haus.

Tip 7: Minta anak anda menyiapkan Iftar dengan anda. Anda boleh membiarkan mereka membuat hidangan kegemaran mereka atau pencuci mulut.

Tip 8: Semasa puasa, kurma dan air adalah makanan yang terbaik. Manakala makanan goreng, makanan segera, makanan bergula dan makanan yang diproses patut dikeluarkan daripada menu. Sebaliknya, anda boleh membuat beberapa sup yang dimasak di rumah yang mengandungi mineral dan garam yang diperlukan.

Tip 9: Puasa tanpa sahur tidak sesuai untuk anak anda kerana mereka tidak cukup kuat secara fizikal untuk menghadapinya.

Tip 10: Setelah anak anda berjaya melalui ibadah puasa, beri hadiah kecil sebagai motivasi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Ease Your Child’s Ramadan Fasting With These Tips http://www.khaleejtimes.com/ramadan-2016/ramadan-health/ease-your-childs-ramadan-fasting-with-these-tips. Accessed May 22, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 03/12/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x