Menyediakan tempat dan privasi untuk ibu mengepam susu
Ibu menyusu memerlukan persekitaran yang bersih, selesa, selamat dan tertutup untuk mengepam susu semasa hari bekerja. Bilik mesyuarat yang kosong atau sudut pejabat yang menawarkan privasi selama setengah jam kebiasaannya mencukupi. Bilik menyusu juga boleh diwujudkan daripada kawasan yang jarang digunakan dalam ruang bangunan yang sedia ada. Contohnya dengan membahagikan ruang dalam bilik dengan pembahagi mudah alih. Bilik menyusu hanya memerlukan kerusi yang selesa dan meja untuk pengepam susu. Selain itu, sumber elektrik juga patut tersedia untuk membantu penggunaan pam elektrik.
Lebih baik lagi jika terdapat sinki berhampiran untuk membasuh tangan dan bahagian pam. Sebuah peti sejuk, yang biasanya ada di pantri sesuai untuk menyimpan susu ibu yang diperah. Walaupun mengambil kira faktor privasi, tandas bukanlah lokasi yang sesuai kerana kebersihan yang tidak terjamin.
Waktu kerja atau rehat yang fleksibel
Si ibu biasanya memerlukan 2 atau 3 sesi mengepam sekitar 15-30 minit setiap satu. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organisation) mengesyorkan waktu rehat dua puluh minit dalam sesi kerja 8 jam di samping waktu rehat sedia ada.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen