home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apa yang Patut Anda Tahu Tentang Susu Ibu Perahan

Apa yang Patut Anda Tahu Tentang Susu Ibu Perahan

Susu ibu perahan ialah susu yang dikeluarkan daripada payudara anda sama ada melalui perahan tangan atau alat pengepam. Setelah susu anda diperah, ia boleh disimpan ke dalam peti sejuk untuk bayi anda minum kemudian sama ada menggunakan picagari, sudu, cawan atau botol. Memerah susu badan mungkin sukar bagi mereka yang baru memasuki alam keibuan. Ini adalah perkara yang patut anda ketahui untuk menguasainya:

Mengapakah saya patut memerah susu badan?

Anda mungkin tidak berada berdekatan anak anda sewaktu dia memerlukan penyusuan badan. Jika anda mempunyai susu ibu perahan dalam peti sejuk, bayi anda masih boleh mendapatkan semua kebaikan daripada susu badan anda. Tambahan pula, payudara anda mungkin tidak selesa dengan terlalu banyak susu di dalam. Bayi pramatang dan bayi yang mempunyai penyakit tertentu mungkin tidak dapat disusukan secara langsung. Pada waktu sedemikian, susu ibu perahan sangat membantu.

Bagaimanakah cara memerah susu?

Langkah pertama memerah susu adalah dengan membasuh tangan anda sepenuhnya. Menggunakan tangan anda adalah cara yang paling murah kerana anda tidak memerlukan peralatan lain selain tempat menadah seperti jag dan tempat menyimpan susu tersebut seperti bekas berpenutup atau beg plastik. Bagaimana pun, memerah dengan tangan adalah satu cabaran. Caranya ialah dengan menekan dengan lembut pada saluran susu disebalik puting, dan bukannya menekan puting itu sendiri. Menggunakan pam mungkin lebih mudah. Dengan pam eletrik, anda hanya perlu menekap payudara anda dengan alat pengepam, tekan butang dan biarkan pengepam anda berfungsi. Ia mungkin memakan masa sehingga 45 minit untuk mengepam daripada kedua-dua belah payudara. Jangan risaukan tentang masa dan teruskan mengepam selagi mana susu anda masih mengalir dengan banyak. Apabila aliran susu sudah berkurang, tukar kepada sisi payudara yang lain. Anda patut mengepam dua kali daripada setiap belah payudara untuk mengeluarkan keseluruhan susu.

Bagaimanakah cara menyimpan susu ibu perahan?

Susu ibu bertahan paling lama apabila diletakkan dalam botol plastik yang ditutup dengan ketat. Jangan lupa untuk menulis tarikh susu tersebut dipam sebelum diletakkan dalam peti sejuk supaya anda memastikan anda menggunakan susu yang paling lama dahulu. Susu ibu perahan boleh disimpan hingga lima hari pada suhu 4 darjah celcius. Jika anda letakkannya di bahagian penyejuk beku, susu ibu boleh bertahan hingga dua minggu. Jika suhu penyejuk beku anda di bawah 18 darjah celcius, suhu anda boleh kekal bertahan hingga 6 bulan.

Susu ibu kehilangan sebahagian daripada antibodi yang diperlukan bayi anda untuk melawan jangkitan. Jadi anda digalakkan untuk menghabiskan susu yang dibekukan pada had waktu yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, susu ibu yang dibekukan lebih baik daripada susu formula.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Expressing breastmilk. http://www.babycentre.co.uk/a8791/expressing-breastmilk Assessed November 16, 2016.

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 05/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x