backup og meta

4 Perkara Yang Babysitter Perlu Ketahui

4 Perkara Yang Babysitter Perlu Ketahui

Dah ready nak hantar si manja ke rumah babysitter? Segala keperluan sudah tersedia, tetapi bagaimana pula dengan pengasuh itu sendiri, adakah mereka bersedia untuk mengasuh anak anda? 

Babysitter bukan sekadar mengasuh

Siapa kata tugas sebagai babysitter atau pengasuh adalah satu tugasan yang mudah? ‘Nak’ jaga anak orang bukan satu perkara yang boleh dibuat main, ia memerlukan tanggungjawab yang besar. 

Jika di negara luar, babysitter ini adalah di mana seorang individu akan datang ke rumah untuk mengasuh si manja. Walau bagaimanapun di Malaysia, keadaannya agak berbeza, di mana kebanyakan anak akan dihantar ke rumah pengasuh apabila ibu bapa bekerja. 

Pengasuh boleh dianggap sebagai ‘ibu bapa’ kedua bagi anak yang diasuh, jadi adalah penting untuk mereka mengetahui mengenai keperluan penting si manja anda bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Jadi apakah perkara penting yang perlu diketahui oleh pengasuh yang mengasuh si manja? 

Perkara penting yang perlu diketahui

  1. Nombor penting

Pastikan anda memberikan senarai penting nombor telefon untuk dihubungi. Anda mungkin berasa anda akan sentiasa ada untuk sebarang panggilan, namun hakikatnya kita tidak boleh menjangka apa yang mungkin akan berlaku. Jadi persediaan itu adalah penting. 

Berikan kepada pengasuh nombor pasangan, ahli keluarga terdekat, rakan baik ataupun jiran yang dipercayai untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan dan anda tidak dapat dihubungi. Anda juga boleh meletakkan senarai nombor penting tersebut di dalam beg pakaian anak anda yang dibawa ke rumah pengasuh. Sekurang-kurangnya, jika berlaku kecemasan, mereka tahu di mana untuk mendapatkan nombor untuk dihubungi, bukan?

[embed-health-tool-vaccination-tool]

  1. Makan dan minum

Penulis tidak nafikan, di Malaysia kita mempunyai satu pemikiran, “Jika seorang kanak-kanak boleh memakan makanan ini, mengapa tidak kanak-kanak lain”. Namun sejujurnya ia adalah satu penilaian yang salah dan tidak tepat.

Bukan semua makanan adalah sesuai untuk diberikan kepada semua kanak-kanak. Jadi adalah penting untuk memastikan babysitter mengetahui jika si manja anda mempunyai alahan kepada makanan atau minuman tertentu. Jalan terbaik, senaraikan jenis makanan atau minuman yang boleh menyebabkan alahan dan berikan kepada pengasuh. 

Kalau si manja anda seorang yang picky eater seperti anak penulis, pastikan anda memberitahu pengasuh mereka mengenainya. Sekurang-kurangnya, tidaklah pengasuh itu susah hati apabila si manja anda tidak mahu dan hanya makan makanan tertentu. 

  1. Kesihatan

Sekiranya si manja anda mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti asma, pastikan anda memberitahu keadaan kesihatan si manja yang sebenarnya kepada pengasuh. Jangan lupa untuk menyediakan ubatan yang secukupnya mengikut keperluan anak anda. 

  1. Makluman

Kesesakan adalah antara perkara yang sukar untuk dielakkan terutamanya bagi mereka yang berkerja di pusat bandar. Jadi sekiranya anda tidak dapat mengambil anak seperti kebiasaannya, sama ada kerana tersekat di dalam lalu lintas atau terpaksa menghadiri mesyuarat tergempar mahupun sebarang perkara kecemasan, pastikan anda memaklumkan kepada pengasuh. Jangan kerana anda berasa anda ‘membayar’ pengasuh untuk mengasuh si manja, dan anda bebas untuk berbuat sesuka hati anda.

Hubungan baik

Sebagai ibu bapa, tidak ada salahnya untuk membina hubungan baik dengan individu yang menjadi babysitter kepada si manja kita. Setiap kali menghantar atau mengambil anak, maniskanlah muka dan berikan senyum. Jika kita mempunyai hubungan baik dengan pengasuh kepada anak kita, sekurang-kurangnya kita boleh mempercayai bahawa anak kita berada dalam jagaan individu yang boleh dipercayai. 

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.whattoexpect.com/family/photo-gallery/9-things-your-babysitter-needs-to-know /Accessed on Oct 15, 2019

 

https://www.scarymommy.com/things-you-need-tell-your-babysitter-if-want-avert-crisis/ /Accessed on Oct 15, 2019

 

https://www.mykidstime.com/for-parents/10-essential-things-tell-babysitter/ /Accessed on Oct 15, 2019

https://www.imom.com/5-things-a-babysitter-needs-to-know/#.XaLWalUzbIU /Accessed on Oct 15, 2019

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jangan Panik Bayi Demam Panas Tengah Malam, Ibu Ayah Cuba 5 Petua Ini Dahulu!

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan