Ibu bapa perlu tahu pengiraan kalori bayi. Ini kerana keperluan kalori adalah berbeza untuk bayi, bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan semasa, komposisi badan, berat badan semasa lahir, tahap aktiviti, keadaan perubatan, umur dan jantina.
Anda sepatutnya memerhatikan tanda-tanda kekenyangan dan kelaparan bayi anda, kerana dia menggunakan tanda-tanda ini bagi memberitahu anda apabila dia lapar hendak makan ataupun kenyang.
Tanda-tanda kelaparan termasuklah menangis dan meragam, sementara tanda-tanda kekenyangan adalah seperti tertidur semasa makan dan menolak puting.
Memandangkan faktor-faktor rumit terlibat dalam menentukan keperluan sebenar pengiraan kalori bayi, terdapat satu persamaan mudah yang boleh digunakan untuk mengira kalori yang bayi anda perlukan.
Semak cara mengira kalori menggunakan kalkulator BMR kami di sini.
Pertukaran unit berat bayi
Tukar unit kiraan berat bayi anda dalam pounds kepada kilogram. Terdapat 2.2 pounds dalam setiap kilogram, jadi anda perlu bahagikan beratnya dalam pounds kepada 2.2 untuk mengetahui amaun sebenar beratnya dalam kilogram.
Contohnya, jika berat bayi anda 10 pounds, maka beratnya dalam kilogram ialah 4.55 kg.
Darabkan berat bayi anda dalam kilogram dengan 120 jika dia lahir cukup bulan, dan sihat. Purata bayi lahir cukup bulan memerlukan 120 kalori per kilogram berat setiap hari untuk membesar dengan sihat.
Sebagai contoh, jika bayi anda berat 4.55 kg, darabkan 4.55 dengan 120. Jumlahnya, 546, adalah jumlah pengiraan kalori yang perlu bayi anda ambil dalam sehari.
Pengiraan kalori dalam susu
Setiap 100 mL susu badan yang matang (i.e., susu ibu yang dihasilkan selepas 21 hari laktasi) menghasilkan kira-kira:
- 70 kalori
- 97 g air
- 4 g karbohidrat (terutamanya laktosa)
- 2 g lemak
- 3 g protein
Komposisi susu juga berbeza-beza dalam penyusuan. Susu badan matang berbeza dengan kolostrum, iaitu susu yang dihasilkan dalam beberapa hari terawal selepas bayi lahir. Setiap 100 mL kolostrum menghasilkan kira-kira:
- 58 kalori
- 3 g karbohidrat
- 9 g lemak
- 7 g protein
Kolostrum adalah rendah lemak dan karbohidrat. Sebagai hasilnya, terdapat sedikit kalori dalam susu ibu untuk beberapa hari terawal kelahiran bayi.
Kolostrum adalah berwarna kuning kerana ia mengandungi tinggi tahap beta karotene (10 kali lebih banyak daripada yang ditemui dalam susu badan yang sudah matang).
Kolostrum juga mengandungi paras vitamin E dan zink yang tinggi.
Bagi mengetahui BMR atau kadar metabolik basal anda dan keluarga, dapatkannya di Kalkulator BMR kami.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]