Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Dalam minggu ini, doktor akan mencadangkan ujian pemeriksaan pranatal untuk membantu mengesan sebarang keabnormalan kromosom. Terdapat banyak gangguan genetik yang disebabkan oleh keabnormalan kromosom, seperti sindrom Down. Sindrom Down berlaku apabila terdapat salinan tambahan kromosom 21. Bayi biasanya mempunyai 23 pasang kromosom, separuh diwarisi daripada anda dan separuh lagi daripada pasangan anda. Semasa pembahagian sel, mungkin berlakunya kesilapan yang menghasilkan kromosom tambahan. Satu-satunya cara untuk mengetahui adalah dengan ujian.
Ujian saringan pranatal melibatkan 2 jenis ujian: ujian saringan dan ujian diagnostik. Semasa ujian saringan, darah anda akan diuji untuk PAPP-A (plasma protein-A) dan ultrabunyi untuk mengukur ketebalan leher bayi anda (translucency nuchal). Pemeriksaan ini biasanya boleh mengesan kira-kira 80 peratus daripada kes tersebut. Terdapat juga ujian tambahan lain untuk membantu diagnosis.
Apabila pemeriksaan saringan menemui kelainan kromosom, anda perlu melalui ujian diagnostik seperti chorionic villus sampling (CVS) atau amniosentesis. Sekalipun ujian saringan anda positif, anda masih boleh mendapat keputusan yang normal daripada ujian diagnostik itu.
Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Anda mungkin merasa sakit perut dan kekejangan selepas hubungan kelamin. Anda tidak perlu bimbang. Ini adalah perkara biasa semasa hubungan kelamin kerana peningkatkan aliran darah ke bahagian pelvis anda yang boleh diikuti dengan pengecutan rahim. Kesakitan ini kebiasaannya ringan dan akan surut dalam tempoh beberapa minit. Jika terdapat sebarang kesakitan atau kekejangan yang tidak reda, temui doktor anda dengan segera. Biasanya, hubungan kelamin adalah selamat semasa mengandung tetapi anda perlu sentiasa merujuk doktor. Anda juga mungkin bimbang bahawa hubungan kelamin boleh mencederakan bayi. Anda tidak perlu bimbang. Bayi anda dilindungi oleh kantung amniotic dipenuhi dengan cecair. Bayi anda selamat.
Jadi bagaimanakah pertumbuhan janin anda minggu depan?
Hello Health Group tidak menawarkan sebarang nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Gambaran Janin Minggu ke-11

Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen