backup og meta

Minggu 11

Minggu 11

Perkembangan bayi

Sekarang bayi anda adalah sebesar buah tin dengan panjang lebih kurang 3 cm dari kepala ke kaki. Untuk menyokong pertumbuhan bayi anda, saluran darah anda dalam plasenta semakin meningkat dari segi saiz dan bilangan untuk menyampaikan nutrien yang mencukupi kepada bayi.

Bayi anda sekarang bukan lagi embrio dan kini telah membentuk janin. Kepala bayi anda masih berkembang dan kebiasaannya mengambil lebih separuh daripada kepanjangan bayi. Walau bagaimanapun, perkembangan badan bayi anda akan berterusan dengan lebih cepat lagi dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Pada akhir minggu ini, alat kelamin bayi anda dan organ-organ pembiakan akan mula berkembang dan berterusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang tetapi hanya boleh dibezakan melalui ultrabunyi sekitar 18 hingga 20 minggu.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Sekarang anda akan mula mendapatkan kembali tenaga dan rasa loya semakin reda. Tetapi terdapat simptom lain yang tidak dikehendaki yang mungkin berlaku pada masa ini. Salah satu simptom ini adalah sembelit. Sembelit berlaku apabila anda mempunyai kesukaran membuang air besar atau apabila anda tidak membuang air besar lebih daripada 3 hari. Ini berlaku disebabkan hormon kehamilan anda. Hormon ini mengendurkan perut dan esofagus anda, menyebabkan pencernaan anda dilambatkan. Anda juga mungkin mengalami senak dan kembung perut.

Untuk membantu anda menangani sembelit, anda perlu minum air yang banyak dan makan lebih banyak serat. Makanan yang kaya dengan serat termasuklah buah-buahan segar (betik, tembikai dan pisang), sayur-sayuran mentah dan roti gandum. Anda juga patut makan dengan kuantiti makanan yang lebih kecil untuk mengurangkan gas dan kembung perut. Kekal aktif dan cuba elakkan duduk berpanjangan. Ini boleh membantu mempercepatkan penghadaman anda.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Sembelit anda tidak boleh dilegakan dengan rawatan sampingan dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih kuat. Anda boleh mempertimbangkan pengambilan makanan tambahan serat dan julap ringan seperti docusate. Untuk keselamatan anda dan bayi anda, adalah penting untuk berunding dengan doktor sebelum menggunakan sebarang ubat. Terdapat julap yang bertindak terlalu kuat, menyebabkan cirit-birit dan membawa kepada dehidrasi.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Anda perlu memberitahu doktor jika terdapat sebarang tanda-tanda kehamilan yang mengganggu anda. Bagaimana selera anda? Adakah anda makan dengan baik? Anda juga mungkin mahu memaklumkan doktor tentang tidur anda. Mendapat tidur yang cukup adalah sangat penting bagi anda dan bayi anda. Doktor anda boleh membantu mencari cara untuk menangani masalah tidur dan juga simptom-simptom lain yang menyebabkan ketidakselesaan.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Dalam minggu ini, doktor akan mencadangkan ujian pemeriksaan pranatal untuk membantu mengesan sebarang keabnormalan kromosom. Terdapat banyak gangguan genetik yang disebabkan oleh keabnormalan kromosom, seperti sindrom Down. Sindrom Down berlaku apabila terdapat salinan tambahan kromosom 21. Bayi biasanya mempunyai 23 pasang kromosom, separuh diwarisi daripada anda dan separuh lagi daripada pasangan anda. Semasa pembahagian sel, mungkin berlakunya kesilapan yang menghasilkan kromosom tambahan. Satu-satunya cara untuk mengetahui adalah dengan ujian.

Ujian saringan pranatal melibatkan 2 jenis ujian: ujian saringan dan ujian diagnostik. Semasa ujian saringan, darah anda akan diuji untuk PAPP-A (plasma protein-A)  dan ultrabunyi untuk mengukur ketebalan leher bayi anda (translucency nuchal). Pemeriksaan ini biasanya boleh mengesan kira-kira 80 peratus daripada kes tersebut. Terdapat juga ujian tambahan lain untuk membantu diagnosis.

Apabila pemeriksaan saringan menemui kelainan kromosom, anda perlu melalui ujian diagnostik seperti chorionic villus sampling (CVS) atau amniosentesis. Sekalipun ujian saringan anda positif, anda masih boleh mendapat keputusan yang normal daripada ujian diagnostik itu.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Anda mungkin merasa sakit perut dan kekejangan selepas hubungan kelamin. Anda tidak perlu bimbang. Ini adalah perkara biasa semasa hubungan kelamin kerana peningkatkan aliran darah ke bahagian pelvis anda yang boleh diikuti dengan pengecutan rahim. Kesakitan ini kebiasaannya ringan dan akan surut dalam tempoh beberapa minit. Jika terdapat sebarang kesakitan atau kekejangan yang tidak reda, temui doktor anda dengan segera. Biasanya, hubungan kelamin adalah selamat semasa mengandung tetapi anda perlu sentiasa merujuk doktor. Anda juga mungkin bimbang bahawa hubungan kelamin boleh mencederakan bayi. Anda tidak perlu bimbang. Bayi anda dilindungi oleh kantung amniotic dipenuhi dengan cecair. Bayi anda selamat.

Jadi bagaimanakah pertumbuhan janin anda minggu depan?

Hello Health Group tidak menawarkan sebarang nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Gambaran Janin Minggu ke-11

perkembangan janin minggu ke-11

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed May 27, 2016.

Pregnancy week 11 http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week11.html. Accessed May 27, 2016.

Your pregnancy: 11 weeks. http://www.babycenter.com/6_11-weeks-pregnant_1100.bc. Accessed May 27, 2016.

First Trimester Tests. http://www.parents.com/pregnancy/week-by-week/11/first-trimester-tests/. Accessed May 27, 2016.

Pregnancy week by week. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/prenatal-care/art-20045302?pg=2. Accessed May 27, 2016.

Versi Terbaru

03/12/2019

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 03/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan