Anda kini berada di minggu ke-18! Bayi anda kini kira-kira saiz lada benggala, seberat kira-kira 200 gram dan panjang kira-kira 14 cm dari kepala ke kaki.

Bayi anda sudah mula bergerak sedikit. Anda boleh berasa bayi anda berpusing dan menendang. Anda juga mungkin merasa bayi anda menguap dan tahu jika dia mempunyai masalah. Anda akan menyedari bayi anda semakin kuat. Telinganya juga sedang berkembang dan akan dapat mendengar suara anda. Ia adalah masa yang baik untuk mula bercakap dengan bayi anda. Bayi anda akan merasa selesa mendengar suara anda dan degupan jantung anda dan di samping bunyi darah yang bergerak melalui tali pusat.
Mata bayi anda sedang berkembang dengan baik dan kini memandang ke hadapan dan tidak juling seperti sebelum ini. Pada masa ini, retina bayi boleh mengesan cahaya jika anda memegang lampu suluh di hadapan abdomen anda.
Sakit belakang anda mungkin menjadi lebih teruk. Ini adalah tanda biasa kehamilan. Memandangkan perut anda semakin besar, anda akan lebih merasa sakit pinggang disebabkan pusat graviti anda berubah, memberikan tekanan kepada bahagian pinggang. Sebab lain untuk sakit belakang anda adalah kerana hormon kehamilan anda menyebabkan tulang pelvis dan ligamen melonggar.
Berikut adalah beberapa saranan untuk membantu anda mengelakkan sakit belakang sewaktu kehamilan:
Kadangkala keinginan untuk makan semasa hamil akan menyebabkan anda makan hidangan lebih pedas dan panas yang boleh meningkatkan risiko pedih ulu hati. Jika perut anda sensitif, anda perlu mengurangkan cili tambahan. Semasa mengandung, sistem penghadaman anda kurang berkesan disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Metabolisme anda berkurangan dan pergerakan otot dalam perut dan usus anda berkurangan sehingga sukar untuk mencerna makanan anda. Anda disyorkan untuk makan makanan dengan kuantiti yang lebih kecil dengan lebih kerap sepanjang hari. Ini akan membantu mengelakkan pedih hulu hati.
Adakah anda melihat sebarang bintik atau apungan? Ini biasa berlaku disebabkan hormon kehamilan anda. Semasa mengandung, pengeluaran air mata anda berkurangan, menyebabkan mata anda kering dan penglihatan anda kabur. Anda harus memberitahu doktor anda jika penglihatan kabur menjadi lebih teruk atau mengganggu rutin harian anda. Penglihatan kabur juga mungkin disebabkan pengumpulan cecair, yang merupakan keadaan serius dan harus dirawat. Sebab penglihatan kabur termasuklah diabetes gestasi atau tekanan darah tinggi.
Minggu ini masa yang sesuai untuk menemui doktor jika anda belum merancang lawatan doktor. Doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani ujian ultrabunyi pada trimester kedua. Ini biasanya dilakukan antara minggu 18 hingga 22. Ultrabunyi trimester kedua membolehkan doktor melihat bagaimana bayi anda membesar sama ada dalam 3-D atau 4-D. Anda juga akan dapat melihat gambaran sebenar bayi anda dan juga mendapatkan video menangkap pergerakan mereka. Sonogram tahap 2 yang juga dikenali sebagai imbasan anatomi, boleh mengukur saiz bayi anda dan organ, jumlah cecair amnion dan meniliti kedudukan plasenta bagi memastikan bayi anda mendapat bekalan darah. Ia merupakan satu ultrabunyi menarik yang akan membuat anda merasa lebih dekat dengan bayi anda.
Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk menjadi sihat dan selamat:
Bahan berbahaya dalam makanan laut
Anda masih boleh makan ikan dan makanan laut yang lain tetapi secara sederhana. Makanan laut adalah sumber nutrien tetapi ia juga boleh mengandungi bahan-bahan toksik termasuk dioksin dan merkuri dan racun perosak. Apabila jumlah toksin yang anda dapat daripada makanan terlalu tinggi, ia boleh menjejaskan perkembangan bayi anda.
Walau bagaimanapun, tidak ada sebab untuk mengelakkan semua jenis makanan laut. Elakkan makanan laut yang mempunyai kandungan toksin yang paling tinggi. Ini termasuklah ikan, terutama ikan yu, ikan kembung, ikan todak dan ikan merah.
Letih
Jika anda mempunyai masalah pernafasan atau mudah letih sewaktu berjalan, cari masa untuk berhenti dan berehat. Bekerja sehingga anda jatuh penat bukanlah idea yang baik. Membebankan diri semasa mengandung boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda. Ingat bahawa anda mungkin tidak dapat bergerak seperti sebelum kehamilan. Jika anda bekerja lebih masa, pastikan anda mengambil waktu rehat. Maklumkan majikan anda jika anda tidak dapat memberikan komitmen lebih. Kesihatan anda dan bayi perlu sentiasa diutamakan. Cuba ambil cuti sehari untuk berehat. Anda akan melihat bahawa anda boleh menjadi lebih produktif semasa waktu bekerja.

Jumpa lagi minggu hadapan pada minggu ke 19! Kita akan melihat perkembangan anda dan bayi.
Hello Health Group tidak menawarkan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed June 10, 2016.
Pregnancy calendar week 18. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week18.html. Accessed June 10, 2016.
Your pregnancy: 18 weeks. http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-18-weeks_1108.bc. Accessed June 10, 2016.
18 weeks pregnant. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-18.aspx. Accessed June 10, 2016.
Blurred Vision During Pregnancy. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/vision.aspx. Accessed June 10, 2016.
Versi Terbaru
02/12/2019
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor