backup og meta

Serlahkan Seri Kehamilan Anda

Serlahkan Seri Kehamilan Anda

Setiap wanita pasti menantikan seri kehamilan terpancar pada wajah mereka semasa hamil. Perubahan dan peningkatan hormon semasa hamil membuatkan wanita hamil mendapat seri kehamilan, di mana wajah mereka akan kelihatan lebih cerah, berseri-seri, malahan kulit si ibu pula akan kelihatan lebih bersinar, tanpa cela dan sihat.

Walau bagaimanapun, bukan semua ibu hamil bertuah untuk merasai seri kehamilan kerana perubahan kulit yang berlaku ada kalanya menyebabkan anda mengalami jerawat dan masalah kulit lain. Pun begitu, terdapat cara untuk anda mendapatkan seri kehamilan. Teruskan membaca artikel ini!

Apa punca seri kehamilan berlaku?

Tiada penyebab khusus yang membuatkan seri kehamilan terpancar pada ibu hamil. Bagaimanapun, terdapat penjelasan kukuh yang mengatakan ia berkait dengan perubahan fisiolosi yang berlaku semasa kehamilan.

Kemasukan hormon kehamilan membuatkan berlakunya perubahan kulit pada ibu hamil, di mana hormon ini menyebabkan kelenjar anda menghasilkan banyak minyak, menjadikan wajah anda lebih bersinar. Selain itu, seri kehamilan juga dikatakan berlaku kerana peningkatan dalam aliran darah ibu, membuatkan wajah menjadi lebih cerah.

Namun, sesetengah wanita hamil akan mengalami wajah yang terlalu berminyak, sehinggakan mendapat jerawat kehamilan.

Cara mengekalkan seri kehamilan

  • Banyak minum air

Wanita hamil berpotensi mendapat masalah dehidrasi, yang bukan sahaja memberi kesan kepada sistem penghadaman anda, bahkan juga boleh menjejaskan kulit, sehingga membuatkan kulit anda kering. Meskipun anda boleh menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk melindungi kulit kering, namun dehidrasi perlu dirawat dari dalam badan. Setiap ibu hamil perlu minum banyak air, iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi membantu bahagian dalaman badan anda kekal sihat supaya ia boleh ‘terpancar’ pada luaran (kulit anda.)

  • Lakukan aktiviti fizikal

Anda akan merasai magis pada kulit anda jika rajin melakukan aktiviti fizikal. Lakukan senaman ringan yang sesuai untuk wanita hamil dan mengikut keadaan anda. Walau bagaimanapun, sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal, dapatkan nasihat daripada doktor anda dahulu. Dengan bersenam, ibu hamil bukan sahaja boleh melepaskan tekanan, bahkan juga membantu anda mendapat kulit yang cantik dan sihat. Ini kerana, pergerakan fizikal membantu menguatkan otot anda dan memperbaiki sistem peredaran dalam tubuh, menjadikan tubuh anda sihat dan luaran anda lebih berseri.

  • Pelihara kelembapan kulit

Hormon kehamilan akan membuatkan kulit anda berminyak, namun ini bukan bermakna anda perlu mengabaikan kelembapan kulit. Gunakan pelembap bebas minyak untuk memastikan kulit kekal lembut dan hidrat. Bagi anda yang berkulit sensitif, pilih produk pelembap yang hypoallergenic.

  • Kurangkan bersolek

Anda mungkin menganggap solekan mampu menaikkan seri wajah anda. Memakai solekan boleh membantu anda menutup cela yang ada pada wajah, tetapi solekan juga boleh membuatkan wajah anda kusam. Apatah lagi jika anda kerap menggunakan solekan dan memakai solekan pada tempoh yang panjang. Apa kata jika anda biarkan wajah anda sesekali tanpa solekan bagi membolehkan kulit bernafas. Selain itu, anda perlu memastikan solekan dicuci dengan betul-betul bersih bagi mengelakkan pori tersumbat.

  • Jaga pemakanan

Bagi menaikkan seri kehamilan, anda perlu menjaga pemakanan. Pilihan makanan yang betul menyediakan anda dengan nutrien secukupnya untuk kulit sihat serta bersinar.

  • Cukup tidur

Dapatkan tidur malam yang cukup untuk penjagaan kulit wajah yang cantik. Tidur yang cukup bermakna tubuh anda mempunyai cukup masa untuk merawat dan memulih kulit rosak. Walau bagaimanapun, ibu hamil lazimnya mengalami masalah tidur lena terutama semasa trimester ketiga kehamilan. Namun, ingatlah bahawa setiap tidur yang cukup dan lena menyumbang kepada kulit yang berseri-seri.

Seri kehamilan hanya berlangsung semasa anda hamil dan akan hilang sebaik sahaja anda melahirkan anak. Perkara paling penting yang perlu anda lakukan adalah menjalani amalan penjagaan kulit yang baik, tidak kira jika anda hamil ataupun tidak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pregnancy glow. http://americanpregnancy.org/your-pregnancy/pregnancy-glow/ Accessed February 13, 2019.

Pregnancy Glow – What It Is and How to Maintain It.

https://parenting.firstcry.com/articles/pregnancy-glow-what-it-is-and-how-to-maintain-it/ Accessed February 13, 2019.

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan