Elakkan susu skim/krim
Susu yang mengandungi hormon lemak-larut adalah amat penting dalam mempengaruhi kesuburan. Hormon-hormon ini hilang semasa proses membuang krim. Maka, susu penuh adalah lebih baik kerana mengandungi campuran hormon, yang boleh meningkatkan kesuburan dalam kalangan wanita yang minum susu ini, berbanding mereka yang minum susu skim atau krim.
Ambil multivitamin
Konsepsi memerlukan asid folik dan zat besi tambahan. Asid folik adalah penting semasa awal tempoh pranatal untuk mencegah kecacatan tiub neural. Pendarahan yang berlaku setiap bulan akan mengurangkan zat besi dalam tubuh. Terlalu sedikit zat besi pada permulaan kehamilan meletakkan anda pada risiko keadaan yang menyebabkan sel darah anda menurun pada bawah paras normal, sekali gus melemahkan tenaga anda. Pengambilan vitamin pranatal dikaitkan dengan peningkatan kesuburan dalam kalangan wanita. Dan, suplemen multivitamin/ mineral harian boleh meningkatkan bilangan sperma dalam kalangan lelaki.
Wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil vitamin pranatal yang mengandungi zat besi bukan heme (dalam sumber tumbuhan) kerana ia membantu kesuburan berbanding dengan zat besi heme. Sementara itu, lelaki yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mematuhi pengambilan suplemen mutivitamin/ mineral yang ditetapkan.
Mencegah listeria
Listeria ialah bakteria berbahaya yang terdapat dalam daging yang siap untuk dimakan, keju lembut, dan produk tenusu yang tidak dipasteur. Wanita hamil adalah 20 kali lebih tinggi risiko untuk jatuh sakit berbanding orang dewasa lain jika makan makanan yang ada listeria. Wanita yang sedang merancang untuk hamil juga perlu berhati-hati kerana bakteria listeria boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan semasa awal trimester pertama.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen