backup og meta

Ingat 5 Perkara Ini Jika Ingin Turun Berat Badan selepas Bersalin

Ingat 5 Perkara Ini Jika Ingin Turun Berat Badan selepas Bersalin

Mendapatkan kembali bentuk badan asal selepas bersalin tentunya menjadi idaman setiap wanita. Walau bagaimanapun, proses ini selalunya mengambil masa dan usaha yang berterusan dengan menggunakan cara selamat, semula jadi dan sihat. Ketahui 5 cara untuk bantu anda turun berat badan selepas bersalin.

Makanan secara sihat

Pilih makanan yang mengandungi banyak nutrien yang anda perlukan, tetapi ringan lemak dan kalori. Sebagai contoh, ikan adalah salah satu makanan yang disarankan kerana mempunyai kandungan tinggi DHA, dan yogurt mengandungi tinggi tahap kalsium. Pilih daging pejal, ayam, dan kacang, yang mengandungi rendah lemak tetapi tinggi protein. Pastikan juga diet anda dipenuhi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta pastikan tubuh anda terhidrat sepanjang hari. Langkah-langkah ini bukan sahaja boleh membantu anda menghilangkan berat badan dengan sihat, tetapi juga memastikan anda mempunyai cukup tenaga sepanjang hari untuk menjaga bayi anda.

Pun begitu, jangan terlalu stres dengan diet. Anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda sesekali. Jika anda berasa tertekan dengan tanggungjawab sebagai ibu baru dan perlu mengehadkan makan, ini boleh membuatkan berat badan anda naik. Cubalah ambil pelbagai jenis makanan yang seimbang.

Menyusukan bayi

Sehingga kini, tiada bukti saintifik untuk membuktikan penyusuan susu ibu boleh membantu anda menghilangkan berat badan. Namun, menyusukan bayi boleh menghilangkn kira-kira 300 kalori sehari. Dan, yang paling penting adalah penyusuan susu ibu memupuk ikatan anda dan bayi, dan memberikan manfaat kesihatan eksklusif untuk bayi anda. Anda masih perlu perhatikan pemakanan anda, dan jangan gunakan alasan penyusuan untuk anda mengambil makanan yang anda inginkan.

Bersenam

Diet bukanlah segalanya. Anda masih perlu melakukan latihan fizikal untuk menurunkan berat badan. Senaman adalah salah satu kunci penting bukan hanya untuk membakar kalori, menguatkan otot dan tubuh, tetapi juga untuk membantu anda menangani stres, kemurungan, insomnia dan meningkatkan mentaliti tentang penjagaan bayi baru lahir bukanlah sesuatu yang menekankan. Anda tidak perlu untuk pergi ke gim bagi bersenam. Senaman mudah seperti berjalan dengan membawa bayi di dalam stroller boleh menguatkan otot anda.

Aktiviti bersama bayi anda juga boleh membantu anda membakar banyak kalori, namun, anda boleh cuba menambah beberapa senaman aerobik dan latihan fizikal lain. Anda boleh mengikuti program untuk ibu baharu menerusi online atau mengikuti kelas senaman lain. Namun, sebelum anda boleh mula melakukan sebarang senaman, dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu, terutama jika anda menjalani pembedahan C-section.

Dapatkan rehat yang cukup

Ini mungkin kelihatan mustahil untuk anda dapat cukup tidur semasa awal kelahiran bayi. Namun, jika anda tidak cukup tidur adalah lebih sukar untuk anda menjaga bayi dan tubuh anda. Anda adalah cenderung untuk makan makanan yang tidak sihat berbanding dengan makanan sihat. Anda juga lebih cenderung untuk kurang bersenam dan tidak melakukan aktiviti fizikal.

Di samping itu, kajian menunjukkan bahawa apabila anda letih, hormon stres lain dan kortisol – faktor yang merangsang kenaikan berat badan, akan dilepaskan. Oleh itu, cuba untuk meridap dan tidur siang dan malam sebanyak mungkin sementara bayi anda belajar untuk tidur lena di malam hari.

Minta bantuan

Jika anda mengalami sebarang masalah, berjumpalah dengan doktor atau pakar pemakanan. Doktor akan menasihatkan anda tentang tip turun berat badan yang sihat dan bila serta bagaimana bersenam dengan betul dan sihat. Dietitian akan merangka pelan pemakanan sihat dan lengkap yang membolehkan anda untuk hilang berat badan secara sihat dan selamat.

Tidak kiralah pelan penurunan berat badan mana yang anda ingin ikuti, tetapi ingatlah untuk mengutamakan kesihatan anda. Cari pakar profesional sebelum mengikuti sebarang tip atau pelan penurunan berat badan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

8 Tips for Losing Weight After Pregnancy. http://www.webmd.com/baby/features/8-tips-for-losing-weight-after-pregnancy#1. Accessed August 30, 2016

The Best Ways to Lose Weight After Pregnancy. http://www.livescience.com/53768-how-to-lose-weight-after-pregnancy.html. Accessed August 30, 2016

Healthy weight loss after birth. http://www.babycentre.co.uk/a3566/healthy-weight-loss-after-birth. Accessed August 30, 2016

Versi Terbaru

08/01/2020

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Kate


Artikel Berkaitan

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 08/01/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan