Apakah itu coumarin?
Coumarin adalah sejenis bahan kimia yang berada dalam kelas benzopyrone. Dalam keadaan asalnya, ia mempunyai bentuk seperti kristal dan tidak berwarna. Ia boleh ditemui dalam pelbagai jenis tumbuhan seperti kacang tonka. Ia mempunyai bau yang harum dan sangat mudah dikenali. Ia juga digunakan dalam perindustrian minyak wangi pada 1882. Malangnya, coumarin adalah berbahaya kepada hati dan buah pinggang manusia jika diambil melebihi dos 275 mg.
Apakah kaitan antara tabiat merokok dengan kesuburan?
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang tidak merokok adalah lebih subur berbanding lelaki yang merokok. Seorang profesor di jabatan obstetrik dan ginekologi di University of the Saarland, Homburg/Saar, Germany iaitu Mohamad Eid Hammadeh, telah mengetuai sebuah kajian dan hampir pasti telah menemui jawapannya.
Menurut beliau, sperma manusia mempunyai dua elemen protein yang dikenali sebagai protamine 1 dan protamine 2. Kebiasaannya. Kedua-dua elemen ini akan mempunyai amaun yang seimbang. Namun, sperma milik si perokok akan membawa terlalu sedikit protamine 2, lalu menjejaskan DNA.
Menurut beliau lagi, tabiat merokok akan mengakibatkan sperma kehilangan keupayaan untuk melepaskan diri daripada molekul oksigen (radikal bebas) dalam air mani. Selain menyebabkan sel sperma menjadi lebih sensitif terhadap tekanan oksidatif, tabiat merokok juga akan meningkatkan konsentrasi radikal bebas yang terjadi dalam air mani. Radikal bebas ini juga akan menjejaskan DNA dan pergerakan sperma, lalu mengakibatkan ketidaksuburan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen