3 Urutan
Kebanyakan wanita yang ingin hamil akan turut mencuba untuk mendapatkan urutan kesuburan, tidak kiralah jika tahap AMH mereka baik. Ini adalah kerana urutan boleh membantu mewujudkan persekitaran kondusif pada tubuh anda untuk kehamilan. Penggunaan minyak dan teknik urutan tertentu boleh membantu melegakan ketegangan pada badan dan menenangkan wanita. Dengan melakukan urutan kesuburan, anda boleh meningkatkan peredaran darah pada kawasan rahim anda, mengurangkan tekanan fizikal dan mental, dan membantu membetulkan tahap hormon.
4 Jangan stres
Jika anda ingin hamil, elakkan perkara yang boleh membuatkan anda stres dan dapatkan rehat sebanyak mungkin.
5 Suplemen L-arginine
Pengambilan suplemen L-arginine diketahui dapat meningkatkan fungsi ovari wanita. Walau bagaimanapun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor bagi memastikan pengambilan suplemen ini tidak menjejaskan fungsi ovari jika anda ada mendapatkan rawatan untuk keadaan seperti endometriosis, penyakit autoimmune atau jangkitan.
6 Bersenam untuk mendapatkan berat yang sihat
Ketahui indeks jisim tubuh (BMI) anda bagi mengetahui jika anda terlebih berat ataupun kurang berat badan. Ini kerana wanita yang terlebih berat badan dan kurang berat badan boleh mengalami masalah ketidakseimbangan hormon dan juga kitaran haid tidak teratur. Kajian juga menunjukkan bahawa diet, senaman, dan kehilangan berat badan boleh meningkatkan tahap AMH pada wanita yang terlebih berat badan.
Dengan memperbaiki tahap AMH anda boleh membantu anda meningkatkan peluang kehamilan dan jika anda memilih untuk melakukan rawatan IVF, peluang kehamilan juga akan jadi lebih cerah.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen