backup og meta

Selesema pada bayi

Definisi

Apa itu selesema pada bayi?

Selesema adalah jangkitan virus pada hidung dan tekak bayi anda. Hidung tersumbat dan hidung berair merupakan petunjuk utama selesema.

Bayi lebih mudah terdedah kepada selesema biasa, sebahagiannya kerana mereka sering dikelilingi anak-anak yang lebih tua. Mereka juga masih belum mengembangkan imuniti terhadap banyak jangkitan yang biasa. Dalam tahun pertama kehidupan, kebanyakan bayi mengalami sehingga tujuh selesema; lebih-lebih lagi jika mereka berada di pusat penjagaan kanak-kanak.

Rawatan untuk selesema pada bayi melibatkan mengurangkan simptom-simptom mereka, seperti dengan menyediakan cecair, memastikan udara sentiasa lembap dan membantu mereka untuk menjaga saluran hidung mereka supaya terbuka. Bayi yang masih kecil mesti berjumpa doktor pada tanda pertama selesema biasa terjadi kerana mereka mempunyai risiko yang lebih besar terhadap Croup dan radang paru-paru.

Apakah kebarangkalian selesema pada bayi?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom selesema pada bayi?

Simptom-simptom yang biasa di kalangan bayi biasa adalah:

  • Demam
  • Batuk
  • Mata kemerahan
  • Sakit tekak
  • Hidung yang tersumbat dan berair
  • Hilang selera makan
  • Kerengsaan dan kegelisahan
  • Kelenjar limfa yang bengkak, yang berada di bawah ketiaknya, di lehernya dan belakang kepalanya

Bayi anda mungkin mengalami masalah bernafas melalui hidungnya jika tersumbat, jadi proses pemakanan mungkin menjadi sukar. Bayi tidak boleh bernafas dengan betul, maka anda perlu membantu bayi anda untuk membersihkan lendir di dalam hidung.

Sekiranya bayi anda telah tidur sepanjang malam, anda diingatkan berkenaan beberapa minggu pertama kehidupan bayi anda. Dia mungkin akan bangun beberapa kali kerana hidungnya tersumbat. Sila bangun dengan bayi anda, tenangkan bayi dan mengelap hidungnya.

Mungkin terdapat beberapa simptom-simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika bayi anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Ia adalah yang terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca selesema pada bayi?

Selesema adalah jangkitan hidung dan tekak (jangkitan saluran pernafasan atas) yang boleh disebabkan oleh satu daripada lebih 100 virus. Rhinovirus adalah yang paling biasa.

Setelah dijangkiti oleh virus, bayi anda pada umumnya menjadi kebal terhadap virus itu. Tetapi kerana begitu banyak virus menyebabkan selesema, bayi anda mungkin mengalami beberapa kali selesema dalam setahun dan banyak lagi sepanjang hayatnya. Juga, sesetengah virus tidak menghasilkan imuniti yang berkekalan.

Virus selesema memasuki mulut, hidung atau mata bayi anda.

Bayi anda boleh dijangkiti virus dengan:

  • Apabila seseorang yang sakit batuk, bersin atau bercakap, dia mungkin secara langsung menyebarkan virus itu kepada bayi anda
  • Sentuhan secara terus. Seseorang yang mempunyai selesema yang menyentuh tangan bayi anda boleh menyebarkan virus selsema kepada bayi anda, yang boleh dijangkiti selepas menyentuh mata, hidung atau mulutnya
  • Permukaan tercemar. Sesetengah virus hidup di permukaan selama dua jam atau lebih lama. Bayi anda mungkin menangkap virus dengan menyentuh permukaan yang tercemar, seperti mainan

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko selesema pada bayi?

Terdapat banyak faktor risiko untuk selesema biasa pada bayi, seperti:

  • Sistem imun yang tidak matang. Bayi, secara semula jadi, berisiko terkena selesema yang biasa kerana mereka belum lagi terdedah kepada atau membentuk rintangan terhadap kebanyakan virus yang menyebabkannya
  • Pendedahan kepada anak-anak lain. Bayi meluangkan masa bersama anak-anak lain, yang tidak selalu mencuci tangan dan mengawal batuk dan bersin, yang meningkatkan risiko bayi anda mendapat selesema darinya
  • Musim dalam tahun. Kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa lebih mudah terdedah kepada selesema dari musim gugur hingga akhir musim bunga

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit selesema pada bayi didiagnosis?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit selesema pada bayi dirawat?

Tiada ubat untuk selesema biasa. Antibiotik tidak berfungsi ke atas virus selsema. Cuba untuk menjadikan bayi anda lebih selesa dengan langkah-langkah seperti menyedut lendir dalam hidung dan memastikan udara kekal lembap.

Ubat-ubatan Over-The-Counter (OTC) umumnya harus dielakkan pada bayi. Anda boleh menggunakan ubat mengurangkan demam, dengan berhati-hati mengikut arahan dos, jika demam menjadikan anak anda tidak selesa. Ubat-ubatan batuk dan selsema tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Ubat yang mengurangkan demam

Ubat melegakan kesakitan OTC seperti acetaminofen (Tylenol, dan lain-lain) mungkin melegakan ketidakselesaan yang berkaitan dengan demam. Bagaimanapun, ubat-ubatan ini tidak membunuh virus selesema. Sebenarnya, membenarkan anak anda mengalami demam bersuhu rendah mungkin membantu tubuh anak anda melawan virus.

Jangan berikan acetaminofen kepada kanak-kanak di bawah umur tiga bulan, dan berhati-hati terutama apabila memberikan acetaminofen kepada bayi yang lebih besar dan kanak-kanak kerana garis panduan dos boleh mengelirukan. Hubungi doktor anda jika anda mempunyai soalan tentang dos yang betul untuk bayi anda.

Ibuprofen (Motrin Kanak-kanak, Advil, dan lain-lain) boleh diberi tetapi hanya jika anak anda berumur enam bulan dan ke atas.

Jangan berikan ubat ini kepada bayi anda jika dia mengalami dehidrasi atau muntah secara berterusan.

Kanak-kanak dan remaja yang sembuh dari cacar air atau simptom seperti selesema tidak boleh mengambil aspirin. Ini adalah kerana aspirin telah dikaitkan dengan sindrom Reye, keadaan yang mengancam nyawa, tetapi jarang berlaku, dalam kalangan kanak-kanak tersebut.

Ubat-ubatan batuk dan selsema

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) menyarankan agar tidak memberi ubat batuk dan ubat selesema OTC ke atas kanak-kanak yang lebih muda daripada usia dua tahun. Ubat batuk dan selesema OTC tidak merawat penyebab utama selesema kanak-kanak dan tidak akan menjadikannya hilang dengan lebih cepat, dan boleh membahayakan bayi anda.

Pada bulan Jun 2008, pengeluar secara sukarela menghapuskan ubat-ubatan batuk dan selesema bayi dari pasaran semasa. Mereka juga mengubah label produk pada ubat batuk dan selesema OTC untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakannya pada kanak-kanak di bawah umur empat tahun kerana bimbang akan keselamatannya.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani selesema pada bayi?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah selesema biasa pada bayi:

  • Menggalakkan pengambilan air yang banyak. Air adalah penting untuk mengelakkan dehidrasi. Galakkan bayi anda untuk mengambil jumlah air pada kadar biasa. Jumlah air tambahan tidak diperlukan. Jika anda menyusu bayi anda, teruskan. Susu badan menawarkan perlindungan tambahan daripada kuman yang menyebabkan selesema
  • Cairkan lendir. Doktor bayi anda boleh mengesyorkan titisan hidung saline untuk mencairkan lendir dalam hidung yang tebal. Anda boleh mencari titisan OTC ini di farmasi tempatan anda
  • Sedut hidung bayi anda. Pastikan laluan hidung bayi anda bersih dengan picagari bebuli getah. Picit bebuli picagari untuk mengeluarkan udara. Kemudian masukkan hujung bebuli kira-kira 1/4 hingga 1/2 inci (0.64 hingga 1.27 sentimeter) ke dalam lubang hidung bayi anda, halakan ke bahagian belakang dan sisi hidung
  • Lepaskan bebuli tersebut, pegang ia setempat sementara ia menyedut lendir dari hidung bayi anda. Keluarkan picagari dari lubang hidung bayi anda, dan kosongkan kandungan ke tisu dengan memicit bebuli dengan cepat sambil memegang bahagia hujung bawah. Ulang dengan seberapa kerap yang diperlukan untuk setiap lubang hidung. Bersihkan bebuli picagari dengan sabun dan air
  • Melembapkan udara. Menjalankan pelembap air sejuk di dalam bilik bayi anda boleh mengurangkan kesesakan hidung. Tukar air setiap hari dan ikut arahan pengilang untuk membersihkan unit

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Common cold in babies. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/common-cold-in-babies/home/ovc-20204277. Accessed September 22, 2017.

Common cold https://www.babycentre.co.uk/a78/common-cold. Accessed September 22, 2017.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhd Ilham

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Apa Kesan Selepas Anak Makan Ubat Cacing? Ibu Bapa, Tolong Ambil Perhatian!

Risau Anak Asyik Muntah? Ini Punca-Punca Anak Muntah Tetapi Tidak Demam


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan