Kacang soya
Sebilangan kecil soya adalah baik dan memberi manfaat pada anda dalam banyak cara. Akan tetapi, jika anda merupakan peminat produk soya seperti tauhu, susu soya atau kicap soya, ini akan memberi impak besar kepada kehidupan seks anda, terutama jumlah sperma. Kajian yang dijalankan terhadap lelaki yang mengambil banyak kuantiti makanan berasaskan soya menunjukkan mereka menghasilkan 32 peratus kurang sperma setiap mililiter, berbanding dengan lelaki yang makan makanan bukan berasaskan soya. Lelaki yang terlebih berat badan atau obes adalah lebih cenderung untuk terjejas kerana tahap lemak badannya juga boleh menjurus kepada kenaikan pengeluaran estrogen pada lelaki. Jadi, minimakan pengambilan soya anda.
Menurut kajian daripada Amerika Syarikat, lelaki yang mengambil banyak produk tenusu lemak-penuh boleh berisiko menjadi tidak subur. Produk lemak-penuh seperti aiskrim dan keju akan mengurangkan kiraan dan kualiti sperma. Produk yang diperolehi daripada susu lembu yang dimuatkan dengan hormon sintetik boleh menghilangkan penghasilan hormon semula jadi pada lelaki dan juga wanita. Dan, asid laktik dalam tenusu juga menjejaskan libido anda. Di samping itu, pengambilan tenusu rendah-lemak, terutamanya susu rendah lemak, boleh membantu meningkatkan kepekatan sperma dan pergerakannya lebih progresif. Kalsium dikaitkan dengan kesihatan seksual yang lebih baik, jadi pastikan anda makan dan minum produk yang mengandungi susu atau sayuran berdaun hijau.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen