backup og meta

Pemakanan semasa Berpantang: Apa Yang Boleh, Apa Yang Tidak Boleh

Pemakanan semasa Berpantang: Apa Yang Boleh, Apa Yang Tidak Boleh

Wanita dan makanan tidak dapat dipisahkan. Namun, semasa tempoh berpantang, ibu perlu menjaga makan. Bukan semua makanan ibu boleh makan. Malah, ada sesetengah makanan yang memerlukan ibu berpantang sehingga dua tahun. Ketahui makanan yang boleh diambil dan dilarang semasa tempoh berpantang. Tujuan ibu selepas bersalin menjalani alam berpantang adalah untuk mengembalikan semula tenaga ibu dan memastikan tubuh ibu pulih selepas menempuhi fasa kehamilan dan kelahiran.

Nutrisi seimbang

Sama seperti semasa hamil, ibu baru perlu memastikan pengambilan nutrien penting yang mencukupi seperti kalsium, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral dalam diet hariannya. Selain bertujuan untuk ibu cepat pulih selepas kelahiran, pemakanan seimbang juga membantu proses penyusuan badan. Antara makanan yang baik untuk ibu selepas bersalin ialah protein (ikan, daging merah, tenusu dan produk kekacang), bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran serta produk yang kaya dengan kalsium dan zat besi dalam diet anda. Pemakanan harian anda perlu mengandungi keseimbangan makanan daging dan sayur-sayuran serta serat yang mencukupi untuk mengelakkan masalah sembelit dan penghadaman.

Pun begitu, ibu perlulah memastikan pengambilan makanan diambil secara sederhana serta tidak berlebihan. Biarpun mempunyai khasiat, namun jika diambil secara berlebihan tetap akan memberi mudarat kepada kesihatan ibu. Antara makanan yang bagus untuk ibu namun tidak boleh diambil secara berlebihan ialah makanan yang kaya dengan herba dan tonik- Ia mungkin baik untuk ibu, namun jika anda ambil secara berlebihan akan memberi kesan kepada susu badan anda. Bayi anda berkemungkinan hilang selera makan atau mengalami masalah kembung perut.

Pengambilan sup semasa berpantang juga dapat membantu ibu baru untuk cepat pulih daripada kelahiran selain dapat membantu menghasilkan lebih banyak susu badan. Mengikut tradisi perubatan Cina, ibu baru dinasihatkan untuk mengambil sup herba yang dicampur dengan herba dan ramuan terpilih.

Makanan perlu dielakkan

Berikut merupakan makanan yang perlu dielakkan dan dikurangkan dalam pengambilan diet ibu semasa berpantang.

  1. Minuman kafein

Minuman mengandungi kafein seperti kopi atau teh perlu diambil secara sederhana, atau dielakkan. Lebihan kafein akan menghalang ibu untuk mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya, sehingga menyebabkan keletihan dan lesu. Bukan itu sahaja, bayi juga akan mengalami masalah sukar tidur.

  1. Makanan pedas

Makanan pedas seperti cili dan rempah boleh meningkatkan masalah ulser pada mulut, sembelit dan haemorrhoids pada ibu berpantang.

  1. MSG

Makanan yang mengandungi monosodium glumate (MSG) banyak dijumpai pada makanan segera dan rata-rata ibu tidak menyedari akan bahayanya kandungan ini. Pengambilan makanan yang mengandungi MSG dalam tubuh si ibu akan menyebabkan zink tidak dapat diserap ke dalam tubuh. Dan, anda perlu tahu, kekurangan zink akan memberi kesan buruk dalam perkembangan intelektual bayi.

Jadi, patuhi pemakanan semasa dalam berpantang kerana amalan ini bukan sahaja penting untuk tubuh anda, bahkan juga untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi baru lahir.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.babycenter.com.my/a1036928/chinese-confinement-diet-4-major-taboos

Postpartum Nutrition: Best Foods to Eat After Having a Baby

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 9 Perkara Do’s & Don’ts Masa Buat Ujian Kehamilan, Barulah Tepat Hasilnya!

Hamil Ke Tak? Ini 5 Jenis UPT Boleh Detect Awal Kehamilan Dengan TEPAT, Kena Try!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan