home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bolehkah Ibu Hamil Makan Stik?

Bolehkah Ibu Hamil Makan Stik?

Protein adalah nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan manusia. Protein diperlukan untuk tenaga dan untuk membina serta membaiki bahagian lain badan anda, terutamanya otak, otot, dan darah. Bagaimanapun, terdapat sesetengah sumber protein yang anda perlu hentikan atau kurangkan semasa hamil kerana ia boleh menjejaskan bayi anda.

Kebimbangan jika makan daging semasa hamil

Daging adalah tinggi protein dan zat besi. Daging lembu mengandungi amaun zat besi yang tinggi berbanding daging lain seperti isi ayam.

Stik adalah selamat untuk dimakan oleh ibu hamil, asalkan ianya telah dimasak dengan betul keseluruhannya, tanpa ada cebisan merah jambu atau berdarah, dan sehingga jus daging benar-benar bersih kerana daging lembu merah mengandungi bakteria listeria. Keadaan ini adalah berbahaya untuk ibu hamil.

Listeria menyebabkan keadaan yang dipanggil listeriosis. Kebanyakan orang tidak akan mendapat sakit jika makan makanan yang dicemari dengan listeria. Akan tetapi, wanita hamil adalah lebih cenderung mendapat listeria dan mudah mendapat sakit daripadanya.

Anda juga mungkin akan memindahkan listeriosis kepada bayi anda semasa hamil. Ini boleh menyebabkan komplikasi seperti keguguran, kematian semasa melahirkan, kelahiran bayi pramatang, bayi rendah berat badan semasa lahir, dan jangkitan yang boleh mengancam nyawa seperti bakteremia (bakteria dalam darah) dan meningitis( penyakit serius di mana tisu menjadi berjangkit dan membengkak, menyebabkan sakit kepala yang teruk, demam dan kadangkala boleh menyebabkan kematian).

Bagaimana untuk memastikan daging yang dimakan selamat?

Terdapat tiga langkah untuk diikuti sebelum anda makan daging:

  • Sediakan makanan dengan mengikuti langkah yang selamat. Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan.
  • Simpan makanan dengan betul. Pastikan peti sejuk anda diletakkan pada suhu 40°F (4°C) atau pada suhu yang lebih rendah.
  • Masak makanan dengan cara yang betul. Gunakan termometer makanan kerana anda tidak boleh tahu dengan hanya melihat sahaja. Anda perlu masak daging sehingga suhu 145°F (63°C). Jika anda tidak mempunyai termometer, pastikan anda masak daging sehingga tidak kelihatan warna merah jambu pada bahagian tengah daging.

Makanan lain yang boleh mendatangkan penyakit bawaan makanan termasuklah sushi, daging dan telur yang tidak dimasak betul atau mentah, mayones. Pastikan anda tahu dengan jelas apa yang anda akan makan kerana anda sedang hamil. Anda bukan hanya makan untuk diri sendiri, tetapi juga untuk bayi dalam kandungan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

What’s not safe to eat in pregnancy?  http://www.babycentre.co.uk/x568574/whats-not-safe-to-eat-in-pregnancy. Accessed August 21, 2016.

Is it safe to eat meat while pregnant? http://www.babycenter.com/0_is-it-safe-to-eat-meat-while-pregnant_10415140.bc. Accessed August 21, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dian Sonnerstedt
Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
Disemak pada [date}
x