backup og meta

5 Pam Susu Manual Terbaik, Murah & Mudah Digunakan! Sesuai Dibawa Ke Mana Sahaja?

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

5 Pam Susu Manual Terbaik, Murah & Mudah Digunakan! Sesuai Dibawa Ke Mana Sahaja?

Adakah anda ibu baru dan keliru sama ada ingin menggunakan pam susu elektrik atau pam susu secara manual?

Pam susu manual adalah permulaan yang sempurna untuk membantu anda menyesuaikan diri dengan rutin penyusuan, sambil memberikan keselesaan dan kemudahan!

Ia bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga sesuai digunakan buat semua ibu moden!

Dalam artikel ini, kami akan mengesyorkan 5 pam susu terbaik yang ada di pasaran terkini untuk ibu-ibu yang pertama kali ingin menggunakan breast pump!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kelebihan pam susu secara manual

#1. Kos lebih rendah

Salah satu sebab utama ramai ibu memilih pam susu secara manual adalah kerana harganya yang lebih mesra bajet.

Pam susu manual biasanya jauh lebih murah berbanding pam elektrik, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk ibu yang ingin berjimat tanpa perlu berlebihan berbelanja.

#2. Mudah dibawa ke mana-mana

Dengan reka bentuk yang lebih ringan dan ringkas, breast pump manual mudah dibawa ke mana-mana walaupun anda sedang bekerja di pejabat atau sedang bercuti.

#3. Tidak hanya bergantung pada elektrik

Salah satu cabaran menggunakan pam elektrik adalah keperluan untuk mencari sumber kuasa.

Dengan breast pump manual, anda tidak perlu risau tentang ketiadaan plug elektrik atau bateri. Ia boleh digunakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

#4. Kawalan yang lebih baik

Breast pump manual memberikan kawalan penuh kepada ibu.

Anda boleh menyesuaikan kelajuan dan tekanan mengikut keselesaan sendiri serta dapat memerah susu dalam keadaan yang kurang menyakitkan.

susu badan
Tip agar susu badan ibu banyak ketika mengepam susu.

Produk pam susu manual terbaik di pasaran

Berikut adalah 5 jenama produk pam susu yang ada di pasaran terkini yang boleh anda cuba.

Dapatkan pilihan produk ini sekarang untuk pengalaman penyusuan yang lebih selesa dan kurang menyakitkan!

Pam susu terbaik #1. Japlo Manual Breast Pump with Silicone Bulb PP Breast Shield

Japlo Manual Breast Pump adalah antara produk breast pump yang ideal untuk ibu-ibu moden yang sedang mencari cara yang mudah untuk mengeluarkan susu badan.

Dengan bahan silikon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas BPA, susu badan ibu yang disimpan akan kekal berkualiti untuk bayi.

Saiznya yang ringkas dan ringan menjadikannya mudah untuk dibawa semasa perjalanan.

Selain itu, pam ini dapat membantu ibu menangani masalah seperti bayi yang sukar untuk melekap, masalah pengeluaran susu dan mengurangkan masalah bengkak susu.

#2. Einmilk Manual Portable Silicone Breast Pump Breast Milk Collector Breast Milk Pump BPA FREE

Memperkenalkan Einmilk Manual Portable Silicone Breast Pump yang direka khas untuk memenuhi keperluan ibu menyusu dengan kualiti dan kemudahan yang tiada tandingan!

Pam ini diperbuat daripada bahan silikon dan PP berkualiti tinggi yang bebas daripada Bisphenol A untuk penyimpanan susu badan ibu yang kekal sihat untuk si manja.

Dengan saiznya yang ringan, ia mudah dibawa ke mana sahaja, menjadikannya teman terbaik untuk kehidupan ibu yang sentiasa sibuk.

Kini, ibu dapat mengesktrak susu dengan lebih selesa kerana ciri bola silikon produk ini dapat memberikan sedutan yang lembut dan mengelakkan masalah payudara bengkak atau susu daripada melimpah.

#3. EVIN Tulip Manual Breast Pump Manual, antara pilihan pam susu manual terbaik

Breast pump manual ini direka khas untuk memenuhi keperluan ibu yang ingin mengepam dengan mudah dan selesa.

Dilengkapi dengan silicone breast shield yang bertekstur lembut, produk ini dapat membantu mengurangkan rasa kesakitan ketika ibu sedang mengepam.

Menariknya, reka bentuk pemegang pada produk ini juga dapat membantu ibu mengekstrak susu dengan lebih stabil dan tanpa rasa lenguh, walaupun ia digunakan dalam jangka masa yang lama.

#4. Preferred Manual Breast Pump Real Bubee Breast Milk Pump with Bottle Collector Nipple Suction

Breast pump ini adalah pilihan yang sesuai untuk ibu yang mengutamakan ketenangan semasa mengekstrak susu. Ini kerana, ia menghasilkan bunyi yang sangat senyap, membolehkan anda mengesktrak susu tanpa mengganggu bayi yang sedang tidur.

Menarik lagi, anda juga boleh melaraskan pemegang dan memilih sedutan perlahan untuk memastikan susu dapat dikeluarkan dengan mudah dan lebih banyak.

Selain itu, pam susu ini sangat mudah dibersihkan. Semua bahagian boleh dicuci dengan air dan disarankan untuk merebusnya selama 3-5 minit untuk pensterilan.

#5. Momama® Comfy Manual Breast Pump

Keunikan breast pump ini terletak pada corong pendek dengan leher khas atau short neck funnel, yang meningkatkan sedutan dan memastikan susu dapat dikeluarkan dengan lebih lancar.

Dengan pemegang berputar yang ergonomik, pam ini membantu mengurangkan tekanan pada tangan dan pergelangan tangan, menjadikannya lebih mudah digunakan tanpa rasa sakit atau lenguh.

Kesimpulan

Tidak kiralah pam susu jenis manual yang mana satu menjadi pilihan ibu, pastikan anda sentiasa mengutamakan kebersihan pam susu dengan teliti selepas setiap penggunaan bagi menjaga kebersihan dan kualiti susu badan anda. Sentiasa cuci tangan dengan bersih sebelum mengepam dan sebelum mengendalikan susu yang akan disimpan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Storing Human Milk. https://llli.org/breastfeeding-info/storing-human-milk/. Diakses Januari 14, 2025.
  2. USING A BREAST PUMP. https://www.thewomens.org.au/images/uploads/fact-sheets/Using-a-breast-pump-060219.pdf. Diakses Januari 14, 2025.
  3. Breast Pump. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/25244-breast-pump. Diakses Januari 14, 2025.
  4. Breast pumps. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/breast-pumps. Diakses Januari 14, 2025.
  5. Manual breast pump. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/multimedia/manual-breast-pump/img-20008704. Diakses Januari 14, 2025.

Versi Terbaru

15/01/2025

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu Alami Bengkak Susu, Boleh Cuba Sendiri Petua Orang Lama Ini Di Rumah!

6 Tips Pilih Susu Supaya Anak Membesar Dengan Baik, Mak Ayah Kena Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan