Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah plasenta accreta didiagnosis?
Jika anda mempunyai faktor risiko terhadap plasenta accreta ketika mengandung – seperti plasenta menutupi cerviks (plasenta previa) secara separa atau penuh atau pembedahan rahim sebelum ini – pihak penjagaan kesihatan anda akan memeriksa kawasan penempelan plasenta bayi anda degnan berhati-hati.
Di antara teknik-teknik yang membantu mendiagnosis plasenta accreta termasuklah:
- Ujian pengimejan. Dengan menggunakan ultrasonografi atau pengimejan magnetik resonan (MRI), doktor anda boleh menilai bagaimanakah plasenta menempel di dinding rahim
- Ujian darah. Doktor anda mungkin akan menguji sampel darah anda bagi sebab-sebab peningkatan jumlah alpha-fetoprotein – protein yang dihasilkan oleh bayi dan boleh dikesan di dalam darah ibu. Peningkatan ini boleh dikaitkan dengan plasenta accreta
Bagaimanakah plasenta accreta dirawat?
Plasenta accreta tidak boleh dicegah dan terdapat beberapa langkah rawatan yang boleh dilakukan sekiranya plasenta accreta didiagnosis. Jika anda telah didiagnosis dengan plasenta accreta oleh doktor anda, anda akan dipantau dengan plan untuk proses bersalin dirancang dan menggunakan pembedahan untuk menyelamatkan rahim anda.
Ia adalah penting untuk berbincang berkenaan pembedahan ini dengan doktor anda jika anda mahu mempunyai anak selepas ini.
Malangnya, plasenta accreta mungkin terlalu serius dan hysterectomy mungkin diperlukan. Maka, ia amat penting untuk berbincang tentang pilihan pembedahan dengan doktor anda.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani plasenta accreta?
Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu menangani plasenta accreta:
- Mengesan plasenta accreta. Mencari maklumat berkenaan keadaan anda mungkin membantu anda berasa kurang gelisah. Berbincanglah dengan doktor anda, lakukan kaji selidik dan berhubung dengan wanita yang pernah mengalami plasenta accreta
- Membuat persediaan untuk pembedahan C-section. Jika anda berasa kecewa seandainya anda tidak dapat bersalin secara normal, anda harus mengingati bahawa kesihatan bayi anda dan diri anda adalah lebih penting daripada cara anda bersalin
- Membuat persediaan untuk hysterectomy. Selepas hysterectomy, anda tidak lagi mempunyai haid atau boleh mengandung. Ini mungkin mengakibatkan perasaan kehilangan. Sila bertanya doktor anda tentang apa yang perlu dilakukan semasa proses pemulihan. Jika anda memerlukan bantuan untuk menangani perasaan sedih atau murung, berhubunglah dengan doktor anda
- Ambil berat tentang diri anda. Luangkan masa untuk aktiviti yang membantu anda menenangkan diri, seperti membaca atau mendengar musik. Teknik menenangkan diri, termasuklah meditasi, pernafasan dalaman atau teknik membanyangkan imej yang dibantu, boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen