backup og meta

Durian Mempengaruhi Kesuburan Wanita

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/11/2019

    Durian Mempengaruhi Kesuburan Wanita

    Raja buah yang sentiasa mendapat permintaan tinggi walaupun mempunyai bau yang sangat menyengat. Buah durian adalah sumber yang kaya dengan fitonutrien, antioksidan, lemak sihat dan protein yang mempunyai banyak manfaat kesihatan. Orang juga percaya bahawa buah durian dapat membantu menangani masalah ketidaksuburan dan membantu kehamilan walaupun tiada penyelidikan saintifik untuk menyokongnya.

    Kelebihan durian meningkatkan kesuburan

    1. Mengandungi estrogen

    Hormon ini secara semula jadi dijumpai dalam tubuh manusia tetapi sesetengah wanita mungkin mempunyai kandungan hormon estrogen yang lebih rendah, menyebabkan kemandulan. Durian dengan tahap estrogen yang tinggi boleh membantu wanita untuk hamil secara semulajadi. Malah pasangan yang tidak subur, boleh makan buah durian yang mana akan meningkatkan peluang mereka kehamilan selepas rawatan IVF.

    2. Membantu Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

    PCOS adalah satu punca utama ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Ia berlaku kepada wanita yang mempunyai lebih banyak hormon adrogen daripada yang diperlukan. Biasanya wanita dengan keadaan ini mempunyai hirsutisme, iaitu pertumbuhan rambut yang berlebihan di wajah dan badan, cenderung mempunyai wajah berminyak sehingga lebih mudah berjerawat dan berat badan berlebihan.

    Apabila tidak ditangani, keadaan ini mendorong kepada rintangan insulin yang boleh menyebabkan kencing manis dan ketidaksuburan. Keadaan ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan sukar untuk hamil.

    Oleh itu, durian boleh melawan PCOS kerana  mengandungi anti radang, anti oksidan, anti obesiti, anti kolesterol, dan anti poliglikemik.

    3. Mempunyai afrodisiak

    Durian adalah afrodisiak (aphrodisiac) yang kuat. Jika ia diambil secara teratur, ia meningkatkan pemacu seksual dan kesihatan anda. Bagi lelaki, buah durain dapat meningkatkan motiliti sperma iaitu kemampuan sperma bergerak. Semakin cepat sperma bergetak, semakin besar peluang untuk sampai ke sel telur dan ini meningkatkan peluang untuk hamil.

    4. Mengawal berat badan

    Menjadi berat badan berlebihan atau obesiti menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang seterusnya memberi kesan kepada kesuburan dan juga meningkatkan risiko keguguran. Buah durian dengan serat yang tinggi, komposisi galian yang lengkap, kandungan air yang baik dan kolesterol sifar menjadikan makanan yang sempurna untuk penurunan berat badan yang membantu memastikan anda kenyang tanpa menambah kalori. Sudah tentu, ia mengandungi lemak tetapi ia adalah lemak sihat yang tidak mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan.

    5. Mencegah anemia

    Wanita yang tidak mendapat zat besi yang secukupnya sering mengalami anovulasi (kekurangan ovulasi) dan kesihatan telur tidak baik yang menghalang kehamilan. Durian mengandungi asid folik dan iron yang tinggi merangsang pengeluaran sel darah merah dan membantu merawat gejala anemia dan meningkatkan kesuburan.

    Bila perlu makan durian untuk hamil?

    Tiada hari atau masa tertentu untuk menikmati buah durian. Tetapi seperti yang diperkatakan, terlalu banyak perkara buruk. Hadkan pengambilan buah durian untuk dua atau tiga biji seminggu, atau sebaliknya ia mungkin mempunyai kesan buruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan