Kita semua pasti pernah mengalaminya situasi di mana kita mempunyai pagi yang sangat produktif, menyiapkan semua pekerjaan dengan segera, menyelesaikan setiap tugasan dan menjelang waktu petang, kita akan keletihan. Kemerosotan tenaga adalah ciri bagi mereka yang bekerja di pejabat dan pastinya ia adalah sesuatu yang teruk. Pastinya anda akan cuba mencari idea bagaimana untuk tingkatkan tenaga anda kembali.
Dengan masih berbaki beberapa jam sebelum tamat waktu bekerja, terdapat beberapa cara untuk memastikan anda kekal bertenaga.
Berikut adalah 12 cara untuk tingkatkan tenaga anda. Cuba satu, dua, atau kesemua 12 cara, dan pasti anda dapat melihatkan peningkatan tenaga anda.
Memperbanyakan pengambilan magnesium
Makan boleh meningkatkan tahap tenaga anda. Anda mungkin berfikir bahawa makanan manis manis adalah tidak bagus, tetapi sebenarnya, pengambilan makanan ringan dengan magnesium tinggi adalah lebih bermanfaat. Pengambilan magnesium harian yang disyorkan untuk wanita adalah sekitar 300 miligram dan 350 miligram untuk lelaki. Beberapa pilihan snek magnesium yang boleh anda cuba adalah:
- Segenggam badan, hazelnut atau kacang gajus.
- Bijirin penuh seperti oat, gandum
- Ikan, terutamanya ikan halibut
Berjalan kaki
Bangun dari kerusi anda dan ambil masa 15 minit untuk berjalan di sekitar pejabat untuk berborak. Adalah sangat berbaloi menghabiskan masa 15 minit untuk berborak jika 45 minit yang akan datang anda boleh menjadi super produktif. Memaksa diri untuk aktif (mungkin aktif) boleh melawan keletihan:
- Apabila anda bersenam, jantung anda akan mengepam lebih cepat dan membawa lebih banyak oksigen ke bahagian badan. Ini bermakna sel akan menerima lebih banyak oksigen untuk menghasilkan tenaga.
- Berjalan kaki pada waktu pagi selama 30 minit sebelum bekerja, atau berjoging pendek dapat melonjakkan adrelin untuk memulakan hari anda.
Jangan abaikan sarapan pagi – waktu makan
Anda mungkin melangkau sarapan pagi apabila tergesa-gesa untuk ke tempat kerja. Tetapi ingat, sarapan pagi adalah hidangan paling penting. Luangkan 10 minit untuk membuat makanan mudah. Ini boleh termasuk beberapa pilihan hidangan berkhasiat:
- Minuman susu skim atau susu soya
- Campuran buah-buahan, beberapa ketulan ais untuk dijadikan smoothie
- Serat dan sedikit lemak sihat dengan satu atau dua sudu gandum.
Banyakkan minum air
Dehidrasi boleh mengakibatkan proses penghantaran oksigen ke otot menjadi tidak cekap menyebabkan keletihan dan kekurangan tenaga. Oleh itu, anda perlu:
- Minum 2-3 kiter cecair seperti air, air kelapa, smoothie segar ataupun jus segar. Pastikan jus segar dan smoothie yang dipilih tidak mengandungi gula tambahan.
Pilih makanan penambah tenaga semulajadi
- Makan buah-buahan kerana ia mengandungi gula semulajadi.
- Buah-buahan berserat tinggi membantu menstabilkan gula dalam darah.
- Campurkan buah-buahan dengan kiub ais untuk menghasilkan smoothie lazat lengkap dengan vitamin dan mineral.
- Buat campuran buah-buahan seperti buah blueberi, strawberi, separuh pisang beku, ¼ cawan nenas dan setengah cawan susu bukan tenusu (non-dairy milk).
Berehat
Berehat sebentar. Ketepikan soal tugasan buat sementara untuk mengurangkan tekanan dan menghalang anda daripada menjadi penat dan dan tidak bermaya.
- Rehat yang singkat selama 5 minit boleh memberikan idea kerja yang lebih baik.
- Sekiranya anda tidak mempunyai makanan ringan, berehat sebentar adalah cara yang baik untuk meringankan tekanan anda.
Elakkan merokok
Ramai perokok bersetuju bahawa mereka berasa lebih bertenaga apabila mereka berhenti merokok.
- Dalam jangka masa 2 hingga 12 mingg selepas berhenti, peredaran darah dalam tubuh anda akan menjadi lebih baik. Ia membolehkan anda melakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berenang, berjalan dan berlari dengan mudah.
- Jangan lupa, berhenti merokok sememangnya sangat bermanfaat untuk kesihatan anda, seperti peningkatan jangka hayat, kesuburan yang lebih baik, kulit wajah lebih muda, gigi lebih putih dan pernafasan yang lebih sempurna.
Kurangkan tekanan dan elakkan kemarahan
Apabila anda tertekan, ia akan menurunkan tahap tenaga anda dengan sangat cepat. Tekanan boleh berpunca dari pelbagai faktor seperti kerja, kehidupan keluarga atau masalah peribadi. Ia boleh menyebabkan anda keletihan fizikal dan mental – walaupun anda hanya menghabiskan masa seharian di katil.
Tekanan boleh dihindari dengan melakukan lebih banyak aktiviti santai.
Bagi sesetengah orang, senaman adalah cara terbaik mengelakkan tekanan. Walau bagaimanapun, jika anda berdepan dengan tekanan yang tinggi, berikut adalah beberapa cara untuk mengatasinya:
- Mendengar muzik, membaca novel berunsurkan romantik, atau berbual di telefon.
- Ketawa boleh membuatkan anda lebih gembira. Semasawaktu rehat tengah hari, bacalah komik atau tonton rancangan YouTube kegemaran anda.
Aromaterapi
Aromaterapi menjadi antara pilihan popular kerana kesannya yang menenangkan. Antara pilihan aroma yang paling disukai adalah peppermint, limau, dan limau gedang (grapefruit) – dalam pelbagai bentuk minyak dan sabun mandian.
- Luangkan masa selama 10 minit dengan menutup mata dan bernafas dalam aroma dari botol. Atau gunakan cara semburan.
- Pastikan anda mendapat persetujuan dari rakan sekerja sebelum membuat sebarang semburan aroma.
Buat silang kata
Jika anda tertekan kerana kerja, memberi tumpuan kepada tugasan yang berbeza dapat membantu meningkatkan tenaga anda.
- Membuat teka-teki atau silang kata boleh merangsang fikiran anda dan menyingkirkan rasa tidak bermaya.
- Teka silang kata atas talian mempunyai banyak pilihan tahap kesukaran yang boleh anda selesaikan dalam masa kurang 10 minit.
Dapatkan cahaya matahari
Selalunya kelesuan berpunca kerana tahap horman yang lebih rendah. Terdapat satu horman yang berkait rapat dengan tahap tenaga dipanggil serotonin. Hormon ini boleh ditingkatkan dengan meluangkan masa di bawah cahaya matahari.
Kebanyakan masa, kelesuan dan terbakar disebabkan oleh tahap hormon yang lebih rendah. Satu jenis hormon yang berkait rapat dengan tahap tenaga anda dipanggil serotonin. Hormon ini boleh ditingkatkan dengan menghabiskan masa di bawah matahari.
Malah tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya turut boleh menyebabkan gejala kemurungan (anda mungkin akan perasan bahawa anda lebih tidak bermaya pada hari-hari hujan). Matahari sangat penting untuk tenaga dan pembesaran.
Cahaya matahari juga memberikan vitamin D, iaitu vitamin yang sangat penting, yang membantu menguatkan tulang, sistem imun dan mengawal fungsi hormon.
- Cuba dapatkan 5 minit di bawah sinar matahari setiap hari
- Kalau bercadang untuk berada di bawah sinar matahari untuk tempoh masa yang lama, pastikan anda memakai pakaian bersesuaian atau menggunakan krim pelindung matahari.
Cara lain untuk meningkatkan tenaga
Masih tidak bermaya? Jika tips ini tidak berfungsi untuk anda, berikut terdapat beberapa perubahan kecil yang boleh anda cuba.
- Gunakan tangga. Elakkan dari menggunakan lif.
- Imej gambar. Letakkan gambar percutian pantai di meja anda. Ini membolehkan anda untuk melarikan diri dari realiti untuk beberapa minit.
- Membaca sajak atau puisi. Membaca adalah cara yang bagus untuk mendapatkan rehat yang cepat dari hari yang sibuk.
- Gunakan air sejuk. Anda boleh mendapatkan rangsangan tenaga dengan cepat dengan hanya memercikkan air sejuk di wajah anda.
- Dapatkan suplemen tambahan. Terdapat banyak suplemen yang boleh membantu meningkatkan tenaga. Namun pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang suplemen – terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan atau mengambil sebarang ubat harian.
- Bernafas dengan mendalam. Pernafasan secara mendalam boleh melegakan tekanan. Tahan nafas dalam kiraan tujuh dan kemudian hembus nafas melalui mulut, hitung hinggs kiraan lapan. Ulang sehingga anda merasakan tekanan berkurangan.
Mungkin terdapat beberapa cadangan yang sesuai untuk anda ikuti atau mungkin ada cadangan yang tidak bersesuaian dengan anda. Namun apa yang penting di sini adalah anda mencuba untuk kembali tingkatkan tenaga dan menghilangkan tekanan. Gunakan 10 minit masa rehat anda dengan sebarang aktiviti secara aktif untuk mengecas semula tenaga anda.
Hello Health Group tidak memberikan sebarang nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
[embed-health-tool-bmi]