backup og meta

Kepentingan Postur Sewaktu Senaman Rintangan

Kepentingan Postur Sewaktu Senaman Rintangan

Anda pernah melihat sendiri sebelum ini dan mungkin tanpa disedari melakukannya sendiri- postur yang buruk sewaktu melakukan senaman rintangan. Senaman rintangan adalah cara yang berkesan untuk membina otot tetapi jika postur badan anda tidak betul, anda akan tercedera dan mungkin tidak mendapat manfaat 100% daripada senaman anda. Dalam apa jua senaman, mempunyai postur yang betul dan mensasarkan kumpulan otot yang betul boleh memberi perbezaan terhadap kesan senaman anda. Disebabkan itu, anda harus berhati-hati dan beri perhatian kepada postur anda dan bukannya menumpukan pada berat rintangan semata.

Bayangkan imej yang lebih baik dan lebih yakin

Semua tokoh sejarah hebat mempunyai postur tubuh yang sama pada foto mereka: belakang badan lurus, bahu tegap, dagu sedia. Postur yang baik boleh menunjukkan keyakinan diri dan kuasa. Malah, satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa ramai berasa lebih yakin sebelum ke pentas pengucapan awam apabila mereka melakukan “postur Superman” selama beberapa saat sebelum waktu berucap.

Seperti ini

Bukan seperti ini

Mencegah Kecederaan

Mencegah kecederaan mungkin tujuan yang paling penting postur badan yang baik. Apabila anda banyak mengangkat berat, badan anda mudah untuk tidak sejajar dan sendi boleh  terkehel, atau otot dan tendon boleh terkoyak atau tegangt. Jika anda perlu untuk memilih antara berat dan bentuk, lebih baik memilih bentuk. Adalah lebih baik untuk mengangkat berat ringan dengan postur yang betul daripada mengangkat beban berat dengan postur salah dan risiko kecederaan.

Dapatkan teknik pernafasan yang betul

Satu perkara yang tidak disedari ramai orang adalah postur yang baik adalah boleh membantu anda bernafas dengan betul antara waktu rep dan set anda (rep adalah satu pergerakan lengkap senaman manakala set adalah sekumpulan rep yang diulang). Teknik pernafasan yang betul boleh memberi anda lebih tenaga untuk mengangkat berat dan mencegah risiko masalah jantung, aneurisme dan tekanan darah tinggi. Jika postur yang baik dan pernafasan yang baik datang secara semulajadi kepada anda, anda boleh mengangkat berat badan lebih mudah.

Mempunyai tulang belakang yang sihat

Ramai orang mengalami sakit belakang akibat membongkok sepanjang hari. Ini adalah untuk membuktikan bagaimana tulang belakang mudah dipengaruhi oleh postur anda. Tulang belakang yang sihat menyediakan sokongan belakang yang baik, yang penting terutamanya bagi mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di kerusi pejabat atau berdiri.

Meningkatkan peredaran dan penghadaman

Postur yang baik bukan sahaja membantu dalam senaman, ia juga membolehkan sistem pencernaan anda untuk kekal pada kedudukan semula jadi mereka. Apabila anda membongkok atau tunduk, tekanan ke atas organ-organ dalaman bertambah dan boleh mengganggu aliran darah dan fungsi organ-organ gastrousus.

Membuat anda kelihatan lebih ramping dan lebih muda

Apabila anda berjalan ke gim, dikelilingi oleh ramai orang yang sihat, dengan bentuk badan yang optimum, sudah tentu, anda mahu menyesuaikan diri dan menurunkan berat badan. Mempunyai postur yang baik dengan serta-merta boleh menghilangkan penampilan berat anda DAN menyerlahkan bentuk tubuh anda. Anda akan kelihatan lebih ramping, lebih muda dan lebih cergas!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The Importance of Proper Body Mechanics – Keeping Your Spine Healthy. http://www.coloradospineinstitute.com/subject.php?pn=wellness-body-mechanics.

THE IMPORTANCE OF GOOD POSTURE. http://www.muscleandfitness.com/muscle-fitness-hers/hers-athletes-celebrities/importance-good-posture.

Importance of Proper Form When Strength Training. https://www.nfpt.com/blog/importance-proper-form-strength-training.

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Bakar Lemak Lebih Pantas Dengan Senaman TABATA, Rahsia Atlet Olimpik Kekal Cergas!

Bersenam Untuk Sihat, Tapi Kalau Berlebihan, Buruk Padahnya! Ini 5 Tanda Terlebih Senaman Kardio


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan