backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Adenoidektomi untuk Kanak-kanak

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Adenoidektomi untuk Kanak-kanak?

Adenoids adalah sebahagian daripada sekumpulan tisu limfoid (seperti kelenjar di leher atau tonsil) yang membantu melawan jangkitan dari kuman melalui pernafasan atau kuman yang ditelan.

Adenoids membesar secara semula jadi pada kanak-kanak pada usia tiga tahun dan biasanya menyusut lagi pada usia tujuh tahun. Adenoid yang telah membesar boleh mengakibatkan hidung tersumbat atau berair dan boleh membuat anak anda mendengkur. Jika anak anda juga mempunyai tonsil yang bengkak, mereka mungkin berhenti bernafas semasa mereka sedang tidur.

Adenoid yang telah membesar adalah masalah biasa yang biasanya tidak memerlukan rawatan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai hidung yang tersekat teruk atau tidur yang terganggu, adenoidektomi boleh memberikan mereka kualiti kehidupan yang lebih baik.

Mengapa Adenoidektomi untuk Kanak-kanak dilakukan?

Apabila adenoids terlalu besar, adenoids tersebut mungkin perlu dikeluarkan. Adenoidektomi adalah pembedahan segera untuk membuang adenoid. Pembedahan ini mengambil masa kira-kira 30 minit untuk dilakukan dan dijalankan di hospital oleh pakar bedah telinga, hidung dan tekak (ENT).

Faedah pembedahan adalah kelegaan dari hidung tersumbat atau berair dan, untuk beberapa kanak-kanak, kualiti tidur yang lebih baik. Ia juga boleh meningkatkan kualiti suara anak anda dan dapat membantu kanak-kanak yang mengalami masalah telinga rekat dengan mengurangkan risiko pengumpulan bendalir di telinga tengah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah risiko Adenoidektomi untuk Kanak-kanak?

Pembedahan ini mempunyai risiko yang sangat sedikit. Membuang adenoid tidak akan meletakkan anak anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Sistem imun badan sangat mampu mengawal bakteria dan virus tanpa adenoid.

Walau bagaimanapun, seperti semua pembedahan, terdapat risiko komplikasi kecil seperti jangkitan, pendarahan, lelehan hidung, atau tindak balas alahan terhadap anestetik.

Mungkin terdapat juga beberapa masalah kesihatan sementara seperti sakit tekak, sakit telinga atau hidung tersumbat selama beberapa minggu.

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan yang saya harus lakukan sebelum menjalani Adenoidektomi untuk Kanak-kanak?

Anak anda perlu berhenti makan dan minum beberapa jam sebelum penbedahan. Doktor atau jururawat anda akan memberitahu bila anak anda perlu berhenti makan dan minum.

Apa yang berlaku semasa Adenoidektomi untuk Kanak-kanak?

Pembedahan dilakukan di bawah anestetik am dan biasanya mengambil masa kira-kira 20 minit.

Pakar bedah anda akan mengeluarkan adenoids melalui mulut anak anda. Mereka akan meletakkan sebuah pek di bahagian belakang hidung sehingga pendarahan berhenti.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang berlaku setelah Adenoidektomi untuk Kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak akan pulih dengan baik. Anda boleh melihat anak anda sebaik sahaja pembedahan selesai. Anak anda harus pulang ke rumah pada hari yang sama atau sehari selepas itu. Mereka memerlukan cuti selama dua hari dari sekolah untuk mengelakkan jangkitan yang boleh menyebabkan pendarahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan