Penyakit genetik yang diwarisi. Beberapa sindrom genetik yang nadir turun melalui keluarga meningkatkan risiko kanser tulang, termasuklah sindrom Li-Fraumeni dan retinoblastoma turun-temurun; Penyakit Paget’s pada tulang; Terapi radiasi bagi kanser. Menghadapi dos besar radiasi seperti yang diberi semasa terapi radiasi kanser juga meletakkan anda pada risiko osteosarkoma pada masa hadapan; Sedang atau pernah mengalami tumor berbagai pada tulang rawan, yang mana ia adalah tisu konektif di dalam tulang. Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana osteosarkoma didiagnosis?
Langkah pertama perlu dilakukan doktor untuk mendiagnos osteosarkoma anda ialah untuk bertanya tentang simptom atau jika anda mengalami masalah menggerakkan anggota badan atau menggunakan sendi, dan memeriksa lagi punca biasa bagi sakit sendi dan bengkak, seperti kecederaan bersukan atau athritis. Kawasan yang sakit, terasa hangat, bengkak, dan nyeri akan diperiksa dan doktor turut memeriksa tanda bengkak pada sendi atau cecair sendi.
Jika doktor anda tidak mengetahui kesan sebenar simptom anda, satu x-ray pada kawasan tersebut di samping ujian darah akan dilakukan. Ujian darah biasanya normal manakala x-ray biasanya akan menunjukkan karakteristik yang abnormal menunjukkan bahawa ia kemungkinan kanser.
Bila sudah ditentukan bahawa anda mengalami tumor tulang melalui alatan x-ray, anda akan perlu untuk pergi ke pusat perubatan utama bagi merawat kanser tulang. Di sana, anda akan mendapat ujian MRI pada kawasan tersebut untuk menentukan berapa jauh tumor tersebut telah menawan kawasan saraf, salur darah dan sendi berdekatan.
Doktor juga akan memerlukan biopsi untuk memastikan diagnosis. Dalam biopsi, satu bahagian kecil tulang anda akan diambil untuk diperiksa kehadiran sel kanser di dalam makmal khas.
Bagaimana osteosarkoma dirawat?
Kebiasaannya osteosarkoma dirawat melalui pendekatan tiga langkah termasuklah kimoterapi, pembedahan dan kimoterapi tabahan bagi susulan. Terlebih dahulu, kimoterapi akan diberikan pada anda supaya mereka dapat menghancurkan seberapa banyak yang mungkin tumor yang boleh sebelum pembedahan.
Pesakit akan dipilih masa yang sesuai bagi pengeluaran tulang kanser tanpa perlu pemotongan anggota. Ruang yang disebabkan pengeluaran kanser kemudian akan dipenuhi dengan graf tulang atau prostetik sintetik untuk memastikan pesakit mampu mengekalkan fungsi anggota semaksima mungkin.
Langkah ketiga ialah anda akan diberi haluan kimoterapi kedua selepas pembedahan.
Pembedahan mengekalkan anggota bagi merawat penyakit, boleh jadi sukar dilaksanakan dalam beberapa kes. Sekiranya tumor telah menawan salur darah atau bahagian sendi berdekatan, anggota tersebut mungkin perlu dipotong.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas osteosarkoma?
Sebenarnya osteosarkoma tidak dapat untuk dielak. Gayahidup dan rawatan sampingan ini mungkin boleh mengurangkan beberapa risiko mendapat osteosarkoma:
- Gunakan vitamin dan nutrient bagi sistem tulang. Ingatlah agar sentiasa berbincang dengan doktor sebelum mengambil nutrient.
- Untuk melegakan simptom, anda boleh menggunakan beberapa jenis akupuntur atau urutan;
- Belajarlah secara mencukupi mengenai kanser tulang agar mudah mengambil keputusan bagi penjagaan anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen