Pegawai kesihatan akan mengambil darah anda dengan:
- Membalut dengan pembalut elastik yang tegang dan ketat disekitar lengan atas anda bagi menghentikan aliran darah. Ini akan membuatkan urat-urat didalam bahagian tersebut menimbul dan memudahkan proses bagi meletakkan jarum ke dalam urat.
- Membersihkan tapak untuk mencucuk jarum tersebut dengan alkohol.
- Memasukkan jarum kedalam urat tersebut. Mungkin memerlukan lebih satu batang jarum.
- Memasangkan satu tiub jarum untuk diisikan dengan darah.
- Mencabut pembalut tersebut daripada lengan apabila darah yang diambil mencukupi.
- Meletakkan pad kain kasa atau kapas bulat pada kawasan tapak jarum apabila jarum tersebut dicabut.
- Memberikan tekanan pada kawasan tapak tersebut dan membalut dengan kain pembalut.
Apa yang berlaku selepas ujian genetik kanser payudara?
Ia mengambil masa beberapa minggu sebelum keputusan ujian tersebut tersedia. Anda perlu berjumpa dengan kaunselor genetik bagi mengetahui keputusan ujian anda, berbincang mengenai kesannya dan apakah pilihan yang anda boleh dapatkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai ujian genetik kanser payudara, sila rujuk dengan doktor anda untuk lebih memahami arahan selanjutnya.
Fahami keputusannya
Apakah maksud keputusan ujian saya?
Normal (dipanggil negatif)
Tiada perubahan ditemui dalam gen BRCA1 atau BRCA2.
Hasil negatif dan risiko bagi keseluruhan keluarga anda mesti dipertimbangkan bersama-sama.
Jika ahli keluarga anda mengetahui dan ada mempunyai perubahan BRCA, ahli keluarga yang lain mungkin perlu melakukan ujian ini.
Jika ahli keluarga anda dengan kanser payudara atau kanser ovari melakukan ujian ini dan keputusannya negatif perubahan BRCA, anda mungkin juga turut tidak membawa perubahan tersebut. Dalam kes ini, anda mempunyai peluang yang sama dengan kanser umum, berdasarkan sejarah umur dan peribadi dan keluarga anda.
Hanya kira-kira 5% hingga 10% daripada kanser ovari dan payudara akan dikaitkan dengan perubahan gen BRCA1 atau BRCA2.
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang berkait rapat kanser payudara atau kanser ovari, anda mungkin mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan kanser payudara walaupun anda mempunyai hasil BRCA negatif.
Perubahan gen yang lain mungkin lebih cenderung menjadikan kanser.
Tidak normal (dipanggil positif)
Wujud perubahan gen BRCA1 atau BRCA2.
Wanita yang mempunyai perubahan gen BRCA1 atau BRCA2 mempunyai kira-kira 35% hingga 84% peluang mendapat kanser payudara dan antara 20% hingga 40% peluang untuk mendapat kanser ovari semasa umur hidup mereka.1, 3 nombor-nombor ini menunjukkan pelbagai peluang dan ia turut bergantung kepada sejarah keluarga dan peribadi anda.
Lelaki dengan perubahan BRCA1 mempunyai risiko kanser payudara dan mungkin jenis kanser-kanser yang lain, seperti kanser pankreas, testis atau buah zakar, atau kanser prostat yang lebih tinggi. Lelaki dengan perubahan BRCA2 mempunyai peningkatan risiko kanser payudara, pancreas dan prostat.
Tidak menentu (dipanggil varian kepentingan yang tidak menentu atau VUS)
Keputusan ini mungkin bermakna bahawa perubahan gen ada tetapi agak sukar bagi doktor anda untuk mengetahui jika perubahan tersebut penting dan jika ia dapat mengubah peluang anda untuk mendapatkan kanser.
Bergantung kepada makmal dan hospital, julat yang normal untuk ujian genetic kanser payu dara mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor sekiranya mempunyai soalan berkaitan keputusan ujian anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen