Wanita lain pula perlu terus mendapatkan mammogram secara tetap dan kekal menjalai penjagaan payudara dengan temu janji yang tetap dan ujian-sendiri pada payudara. Kumpulan ini termasuklah wanita yang mempunyai:
- payudara tumpat;
- payudara fibrosistik;
- kalsifikasi;
- biopsi berbagai.
Wanita yang jatuh dalam kategori ini mungkin memerlukan langkah pelaksanaan bersifat peribadi. Ini termasuklah MRI dan mammogram tahunan bagi memantau penyakit. Walaupun menghadapi situasi yang menyebabkan keresahan sebegini, wanita dalam kategori sebegini biasanya bukanlah calon yang baik bagi mastektomi pencegahan.
Bagaimanakah Proses ini Dijalankan?
Sekiranya anda berada dalam risiko untuk pembentukan kanser, berkemungkinan anda akan menjalani kaunseling genetik. Semasa temujanji anda, doktor akan menjelaskan secara terperinci, kemungkinan dan risiko anda untuk mendapat kanser. Anda juga mungkin akan berbincang dengan pekerja sosial kesihatan atau kaunselor, yang akan membantu anda untuk memahami dan menyusun semua informasi tersebut.
Anda kemudiannya akan mendapat konsultasi bersama jurubedah awam dan jurubedah plastik – jika anda menginginkan rekonstruksi. Pembedahan biasanya dijalankan serentrak, jurubedah payudara akan membuang tisu payudara dan kemudian jurubedah plastik akan melengkapkan pembedahan dengan proses rekonstruksi.
Ada banyak pilihan rekonstruksi. Wanita yang tidak menghadapi kanser biasanya mempunyai masa yang lebih panjang untuk menentukan plan tindakan yang terbaik dan pembedahan yang bersesuaian. Sekiranya anda sedang memperhitungkan mengenai prosedur yang sesuai, anda mungkin memerlukan pendapat kedua. Pastikan anda melakukan yang terbaik untuk memahami semua pilihan anda secara teliti.
Apabila pilihan untuk menjalani mastektomi telah dibuat, prosedur biasa iasa mastektomi ringkas. Dalam prosedur ini, jurubedah akan mengeluarkan bahagian kulit, puting, dan semua tisu payudara. Mereka tidak akan mengeluarkan nodus limfa atau mana-mana otot. Pembedahan lain termasuklah mastektomi pengecualian puting dan kulit dan beberapa jenis rekonstruksi.
Anda boleh membuat pilihan anda bersama dengan jurubedah pakar payudara dan plastik.
Adakah ia Melibatkan Kemungkinan Kompikasi atau Risiko?
Semua pembedahan mempunyai risiko. Sejurus selepas pembedahan, anda berisiko mengalami pembedahan, infeksi, atau perkumpulan cecair. Masalah terkemudian termasuklah penyembuhan luka yang lambat.
Kesan sampingan yang kekal termasuklah:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen