Rasa Sakit Akibat Kanser Paru-Paru, Apa Pesakit Boleh Lakukan Untuk Kurangkannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 31/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kesakitan merupakan satu masalah yang sering mengganggu kehidupan pesakit kanser paru-paru. Ini kerana mereka mungkin akan mengalami kesakitan yang berpanjangan kesan daripada kanser yang mereka alami.

Oleh sebab itu, pesakit perlukan rawatan yang disediakan khas untuk merawat kesakitan yang menghantui kehidupan mereka.

Kadangkala, apabila pesakit mula merasakan kesakitan, rasa itu mungkin bermaksud mereka tidak selesa ataupun muncul sakit pada mana-mana bahagian badan mereka.

Kesakitan yang pesakit rasa boleh menjadi lebih teruk jika mereka rasa sedih, gelisah ataupun mengalami depresi.

Ada juga pesakit yang tidak suka untuk bercakap mengenai rasa sakit yang  dialami. Mereka yang mempunyai perasaan sebegini mungkin merasakan kesakitan itu adalah sebahagian daripada rawatan yang diterima.

Apapun, cuba jelaskan kepada doktor terlebih dahulu. Pihak pakar akan cuba merawat kesakitan yang anda hadapi menggunakan ubat ubatan yang bersesuaian.

Rasa sakit disebabkan oleh rawatan kanser boleh dikawal

rawatan kanser

Kebanyakan pesakit yang mengalami simptom ini boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan oral. Untuk pengetahuan anda, ubat tahan sakit hanya berkesan jika pesakit mengambilnya secara berkala.

Pesakit kanser mungkin perlu mengambil ubat tahan sakit mengikut jadual tertentu untuk mengawal rasa tidak selesa yang dialami. 

Jika punca kesakitan tersebut telah dikenal pasti, doktor akan bertindak merawat punca tersebut terlebih dahulu. 

Lama-kelamaan, anda tidak akan perlukan sebarang ubat untuk merawat rasa sakit yang anda alami.

Kanser yang telah merebak boleh membuatkan anda rasa sakit dalam satu tempoh masa yang panjang. Kesakitan ini boleh buatkan pesakit rasa penat dan tidak bersemangat untuk teruskan kehidupan.

Kesakitan yang anda rasa, walaupun tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, tapi boleh dikurangkan dengan rawatan yang bersesuaian.

Jangan terkejut jika ada pesakit yang mempunyai 2 jenis ubat tahan sakit! Kadangkala, pesakit kanser boleh rasa sakit walaupun mereka makan ubat tahan sakit. Kesakitan ini turut dikenali dengan nama breakthrough pain.

Breakthrough pain akan menyerang di antara dua dos ubat tahan sakit. Oleh sebab itu, doktor mungkin akan berikan anda ubat kedua yang boleh melegakan kesakitan yang pesakit alami di antara dua dos ubat tersebut.

Kesakitan disebabkan oleh rawatan kanser

rawatan kanser

Setiap rawatan mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri:

Pembedahan – Rawatan melalui kaedah pembedahan akan membuatkan individu tersebut rasa sakit pada kawasan pembedahan. Sebagai contoh, wanita yang melalui pembedahan untuk membuang payudara mungkin akan rasa sakit seakan-akan mereka masih lagi mempunyai payudara. 

Terapi radiasi – Rawatan ini boleh menyebabkan pesakit alami rasa pedih pada kawasan radiasi. Malah, pesakit juga mungkin akan mengalami cirit birit, ulser, atau masalah lain seperti rasa penat.

Kemoterapi – Kesan sampingan kemoterapi termasuklah rasa loya, keletihan, jangkitan, rambut gugur dan sakit saraf. Ubat-ubatan boleh diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan kesan sampingan ini.

Ubat tahan sakit yang kuat – salah satu kesan sampingannya adalah sakit perut atau sembelit.

Apa yang pesakit kanser boleh lakukan

rawatan kanser

  1. Anda boleh bercakap dengan doktor mengenai kesakitan yang dialami. Jelaskan kepada mereka di mana anda rasa sakit, bila sakit itu bermula, apa yang menyebabkan rasa sakit itu bertambah teruk dan bagaimana ia mempengaruhi hidup anda.
  2. Jika ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat kanser tersebut tidak berkesan, anda perlu memberitahu doktor secepat mungkin.
  3. Gunakan skala 0 – 10 untuk gambarkan kesakitan anda. 0 untuk tidak sakit dan 10 untuk amat sakit.
  4. Jangan lupa ambil ubat yang diberikan mengikut jadual.
  5. Jangan tunggu hingga sakit yang anda alami jadi teruk sebelum mengambil ubat.
  6. Jangan berhenti makan ubat tahan sakit secara tiba-tiba. Selalunya, doktor akan kurangkan dos sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik.
  7. Ada pesakit yang rasa loya ketika makan ubat tahan sakit. Jika ubat anda membuatkan rasa mual dan loya, minta doktor untuk tukar ubat tersebut. Anda juga boleh lakukan sesuatu untuk kurangkan rasa mual itu. 
  8. Jika alami banyak kesan sampingan daripada ubat yang anda ambil, catat semua kesan sampingan tersebut dan berbincang dengan doktor. 
  9. Individu yang makan ubat tahan sakit selalunya akan mendapat preskripsi ubat untuk mengelakkan sembelit.
  10. Beberapa jenis ubat tahan sakit akan membuatkan anda rasa pening dan mengantuk. Jika boleh, elakkan daripada memandu hinggalah anda pasti kesan daripada ubat tersebut telah habis.
  11. Jangan pecahkan ubat yang anda ambil kecuali dibenarkan oleh doktor. Ubat tahan sakit yang berbentuk time-release boleh jadi berbahaya jika dipecahkan.
  12. Pastikan anda mempunyai simpanan ubat tahan sakit sekurang-kurangnya selama seminggu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Anda Gastrik? Ketahui Puncanya

Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Istilah yang lebih tepat bagi keadaan ini adalah gastritis.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Menghidap Kanser Paru-Paru Ketika Hamil, Ketahui Risiko Yang Ibu Dan Bayi Boleh Dapat

Salah satu kehamilan bermasalah yang amat jarang berlaku ialah diagnosis kanser paru-paru sewaktu mengandung. Hanya 40 kes ibu hamil yang pernah dicatatkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser, Kanser Paru-Paru 01/03/2019 . 3 minit bacaan

6 Tip Berkesan Untuk Tingkatkan Selera Makan Bagi Penghidap Kanser Paru-Paru

Masalah kurang selera makan lazim dialami oleh pesakit kanser paru-paru. Ia perlu ditangani memandangkan ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan dengan cara..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser, Kanser Paru-Paru 01/03/2019 . 3 minit bacaan

Anak Anda Menghidap Kanser Paru-Paru? Ini Apa Yang Boleh Dilakukan Sebagai Ibu Bapa.

Menjaga anak yang mempunyai penyakit kanser bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu bapa pasti akan rasa kesannya terhadap fizikal dan emosi mereka.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser, Kanser Paru-Paru 01/03/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

batuk kering

Tuberkulosis Bukan Kanser Paru-Paru. Ini Perbezaan Di Antara Kedua-Duanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
Bahaya paracetamol

Makan 8 Biji Paracetamol Sehari Sebab Demam? Nanti Dulu, Ada Kesan Jika Terlebih Dos!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
masalah kesihatan

Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan