Definisi
Apa itu Kanser Tonsil?
Kanser tonsil ialah sejenis kanser yang bermula pada sel tonsil anda. Tonsil anda mempunyai dua pad berbentuk bujur pada bahagian belakang mulut, merupakan sebahagian daripada sistem imuniti melawan jangkitan kuman pada badan.
Kanser jenis ini biasanya berlaku pada tonsil lelangit, terletak pada kedua-dua sisi tekak, tetapi ia juga boleh berlaku pada tonsil farinks (juga dikenali sebagai adenoid), terletak dibelakang kaviti hidung, atau di dalam tonsil lidah, terletak dibahagian belakang lidah. .
Kebanyakan kanser tonsil ialah squamous cell carcinomas, muncul pada lapisan tisu mulut, walaupun kemungkinan untuk lymphoma (sejenis kanser sistem imuniti) terjadi pada tonsil. Merokok merupakan faktor risiko paling lazim bagi squamous cell carcinomas pada tonsil. Alkohol juga merupakan faktor risiko, kombinasi merokok dan penggunaan alkohol menyebabkan peningkatan risiko berbanding penggunaan salah satu daripadanya secara berasingan.
Apakah kebarangkalian Kanser Tonsil?
Lelaki adalah lebih biasa mendapat Kanser tonsil berbanding wanita. Sesetengah gaya hidup meningkatkan risiko mendapat kanser tonsil.
Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Kanser Tonsil?
Anda akan mengesan beberapa simptom kanser tonsil yang sangat serupa dengan simptom sakit tekak akibat jangkitan. Walau bagaimanapun, sakit tekak akibat jangkitan peling lazim berlaku dalam kalangan individu berumur melebihi 50 tahun. Terdapat banyak tanda dan simptom kanser ini dan yang paling lazim berlaku adalah seperti berikut:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen