Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Hemangioma didiagnosis?
Hemangioma boleh dikesan secara visual tanpa alat diagnosis tertentu. Walau bagaimanapun, jika pertumbuhan saluran darah tersebut berlaku jauh di dalam badan, imbasan CT (tomografi berkomputer) dan MRI (pengimejan resonans magnetik) mungkin diperlukan.
Bagaimana pesakit Hemangioma dirawat?
Hemangioma kebiasaannya akan hilang selepas beberapa waktu, jadi anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan kerana rawatan mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain kepada kulit anda yang sihat. Walau bagaimanapun, jika hemangioma mula menjejaskan penglihatan atau keupayaan seseorang melakukan aktiviti harian, doktor boleh memberikan beberapa rawatan:
- Penyekat beta (dengan propranolol sebagai rawatan baris pertama) dalam bentuk gel boleh digunakan untuk kulit yang terjejas. Walau bagaimanapun, ubat seperti ini boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, glukosa tinggi, dan penafasan berdehit (wheezing).
- Ubat kortikosteroid adalah pilihan alternatif daripada ubat penyekat beta. Ini boleh dilakukan melalui suntikan, pil oral atau krim kulit.
- Rawatan laser boleh digunakan untuk menghilangkan hemangioma bagi meredakan kesakitan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hemangioma?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani hemangiomas:
- Fahami keadaan anda dan pilihan rawatan yang ada;
- Bincang dengan doktor anda sebelum menggunakan sebarang rawatan untuk merawat hemangioma.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen