home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Senarai Nombor Telefon Penting

Senarai Nombor Telefon Penting

Kebanyakan masa, telefon dianggap sebagai alat untuk menghubungi orang lain atau melayari internet. Ramai yang terlupa bahawa dalam kes kecemasan, telefon adalah penyelamat, yang membantu mendapatkan bantuan secepat mungkin. Walau bagaimanapun, adakah anda pasti bahawa telefon anda sudah mempunyai nombor penting yang mencukupi jika berlaku kecemasan? Mari kita semak senarai di bawah untuk maklumat lanjut.

Jabatan polis tempatan

Sekiranya terdapat sebarang jenayah berlaku di tempat anda atau jiran-jiran anda, jangan teragak-agak untuk mendail nombor polis. Simpan nombor cawangan polis tempatan supaya anda tidak perlu menunggu panggilan tersebut dipindahkan ke tempat lain.

Jabatan bomba tempatan

Jabatan bomba tempatan menyediakan latihan keselamatan kebakaran dan mempunyai banyak maklumat yang berguna. Dan sudah tentu, dalam kes kebakaran, tiada tempat yang lebih diperlukan kerana mereka mempunyai trak api dan air.

Syarikat sumber air

Sekiranya bekalan air bermasalah, seperti pencemaran atau kekurangan air, anda perlu menghubungi syarikat air untuk menghantar orang untuk memeriksa. Nombor syarikat elektrik juga perlu disimpan kerana mereka boleh membantu anda dengan masalah elektrik. Anda juga boleh menghubungi mereka untuk memastikan anda telah membayar bil-bil anda.

Pusat kawalan keracunan

Terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, keracunan adalah perkara biasa kerana kanak-kanak ingin mencuba segala-galanya yang dapat mereka capai seperti syampu, serbuk pencuci dan lain-lain. Maka, nombor kawalan pusat keracunan adalah nombor telefon yang perlu disimpan di dalam telefon anda.

Hospital

Penyakit boleh menyerang tanpa diduga dan begitu juga kemalangan. Hubungi hospital supaya mereka boleh menghantar ambulans atau memberi arahan mengenai cara untuk menyelamatkan nyawa sementara menunggu ambulans datang. Anda perlu menyimpan beberapa nombor hospital awam dan swasta kerana mungkin hospital penuh dengan pesakit sewaktu kecemasan.

Pusat haiwan

Bagaimana jika satu hari anda menemui kucing sesat? Atau, pada hari lain, harimau muncul di kawasan kejiranan anda. Pusat haiwan adalah nombor yang perlu dihubungi. Mereka boleh menguruskan kes-kes kecemasan haiwan dan memberikan banyak maklumat tentang tempat perlindungan dan bantuan haiwan.

Rakan sekerja dan jiran

Anda mungkin suka atau tidak suka mereka, tetapi dalam kes kecemasan, anda mungkin tidak mempunyai pilihan melainkan menghubungi mereka. Bertukar-tukarlah nombor dengan jiran-jiran dan rakan sekerja jika anda perlu memaklumkan tentang keadaan sakit atau memberitahu jiran-jiran anda untuk menjaga rumah apabila anda keluar jauh.

Bagaimana anda perlu menyimpan senarai ini?

Mungkin terdapat situasi apabila anda tidak mempunyai masa untuk mencari nombor dari A ke Z sewaktu kecemasan. Letakkan nombor penting dalam kategori yang berasingan atau dalam folder dan berikan nama yang mudah dikenali untuk menjimatkan masa anda. Maklumkan juga kepada orang lain untuk memudahkan mereka jika anda meminta mereka untuk mendail.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Take time today to enter these 15+ Emergency Numbers into your cell. http://preparednessmama.com/emergency-numbers-to-have-in-your-cell/ Accessed March 23, 2017

Important phone numbers. https://myhealth.alberta.ca/Pages/Emergency-Phone-Numbers.aspx/ Accessed March 23, 2017

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 05/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x