Langkah pencegahan
Kanak-kanak sangat mudah terdedah dengan bahaya. Berikut merupakan tip yang boleh mengurangkan risiko kejadian buruk berlaku:
- Ajar anak anda tentang keselamatan dalam rumah.
- Ajar anak anda berenang.
- Ajar anak anda berhati-hati dengan kenderaan dan menunggang basikal dengan berhati-hati.
- Pastikan anda mengikut arahan penggunaan kerusi untuk kanak-kanak dalam kereta.
- Ajar anak anda tentang keselamatan berkaitan bahan api.
- Pastikan anak anda memahami perkataan “jangan sentuh”.
Jangan memandah rendah terhadap anak anda. Pastikan mereka mahir dalam teknik menyelamatkan diri ketika berlaku kejadian tidak diingini. Ini kerana respon semulajadi yang datang dari anak anda berpeluang menyelamatkannya daripada apa-apa bentuk kecederaan. Selain itu, gunakan tali penghadang untuk memastikan keselamatan anak anda ketika berada dalam stroler atau kerusi yang tinggi.
Pastikan anak anda hanya bermain dengan permainan sesuai mengikut umurnya. Perhatikan setiap bahagian permainan-permainan yang kecil bagi mengelakkan mereka tercedera atau tertelan bahagian mainan tersebut. Selain itu, simpan bahan kimia bertoksik dan bahan pencuci di dalam tempat yang tidak dapat dicapai oleh anak anda.
Perhatikan anak anda dan pastikan mereka menjauhi kawasan berbahaya seperti kawasan air atau perabot-perabot. Elakkan juga mereka daripada peralatan elektrik, alat memasak, ubat-ubatan dan barang-barang lain yang berisiko mencederakan anak anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen