backup og meta

6 Tanda Dehidrasi Yang Anda Perlu Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Aishah Binti Jamaludin · Kesihatan pekerjaan · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    6 Tanda Dehidrasi Yang Anda Perlu Tahu

    Dehidrasi adalah keadaan apabila badan kekurangan banyak anda. Air adalah komponen yang sangat penting di dalam badan. Lebih kurang 60 peratus dari berat badan manusia dewasa adalah air.

    Jika air di dalam badan berkurang, banyak fungsi badan yang tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Tanpa air, manusia hanya boleh hidup kurang dari seminggu.

    Apakah tanda-tanda dehidrasi yang perlu anda tahu? Sila baca selanjutnya.

    1. Nafas berbau

    Air liur anda mempunyai fungsi antibakteria. Dalam kes dehidrasi, air liur berkurang dan banyak bakteria akan berkembang-biak. Akhirnya, nafas anda akan berbau.

    2. Kulit kering

    Ramai yang fikir bahawa mereka yang mengalami dehidrasi akan berpeluh dengan banyak. Tetapi hakikatnya, kulit akan menjadi kering. Apabila dicubit, kulit akan kekal berkedut dan mengambil masa lebih lama untuk kembali tegang seperti biasa.

    3. Ketegangan otot

    Dehidrasi hanyalah salah satu dari penyebab ketegangan otot tetapi anda perlu memikirkan kebarangkaliannya terutamanya ketika cuaca sedang panas terik.

    Ia boleh juga berlaku semasa cuaca sejuk jika tidak mendapatkan cukup air.

    4. Demam dan menggigil

    Apabila badan anda kekurangan air, ia boleh menjadi demam dan menggigil. Demam seterusnya akan membuatkan keadaan dehidrasi tersebut semakin parah. Dapatkan bantuan doktor jika suhu anda melebihi 39 darah celsius.

    5. Mengidam makanan terutamanya makanan manis

    Semasa dehidrasi, organ-organ seperti hati yang menggunakan air untuk berfungsi menghasilkan tenaga akan gagal bekerja dengan sempurna. Jadi, badan akan meminta makanan manis untuk mendapatkan tenaga.

    6. Sakit kepala

    Dehidrasi ringan pun boleh menyebabkan sakit kepala dan merangsang serangan migrain. Apabila anda mengalami sakit kepala, anda boleh ambil beberapa gelas air untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Apa pun puncanya, dehidrasi sedikit sebanyak menyumbang kepada sakit kepala tersebut.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Aishah Binti Jamaludin

    Kesihatan pekerjaan · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan