Jenis-jenis Garam

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat pelbagai jenis garam yang boleh anda pilih untuk memasak. Bergantung kepada tekstur dan hasil hidangan yang anda mahukan, anda boleh menggunakan garam biasa yg mengandungi iodin, garam Kosher, garam Himalaya atau garam laut. Artikel di bawah akan memberikan anda pengetahuan mengenai jenis garam yang berbeza. 

Garam beriodin

Garam beriodin mungkin garam yang paling kerap digunakan. Pada masa kini, majoriti pengeluar garam menambah iodin mineral, disebabkan itu ia dipanggil garam beriodin. Mineral iodin boleh melawan penyakit yang berkaitan dengan iodin tertentu seperti hipotiroidisme. Walau bagaimanapun, jika pengambilan harian garam anda adalah terhad, anda boleh menikmati rumpai laut juga, yang turut mengandungi banyak iodin.

Garam laut

Garam laut dibuat daripada air laut yang disejat. Hampir sama dengan garam biasa, tetapi komponen utama garam ini adalah natrium klorida. Air laut mengandungi mineral seperti zink, kalium, dan zat besi, yang baik untuk badan anda. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pencemaran laut, garam laut sebenarnya mungkin mengandungi sedikit sisa logam berat terutamanya plumbum. Apabila dibandingkan dengan garam beriodin, garam laut mempunyai tekstur yang lebih kasar. Disebabkan itu, jika anda taburkan sedikit di atas hidangan anda, ia boleh memberikan rasa yang berbeza dan cenderung memberikan “rasa melimpah” berbanding garam halus biasa.

Himalayan Pink Salt

Garam Himalayan mendapat warna daripada sejumlah kecil iron oxide, iaitu  karat. Garam jenis ini memang mengandungi sejumlah kecil magnesium, kalsium, kalium dan zat besi. Berbanding garam biasa, garam Himalayan sememangnya mengandungi kurang sodium. Perbezaan terbesar antara garam Himalaya dan garam jenis lain adalah warna, kerana apabila anda taburkan garam di atas hidangan, makanan akan kelihatan lebih menyelerakan.

Garam Kosher

Garam Kosher digunakan terutamanya oleh mereka yang mengamalkan agama Yahudi. Menurut peraturan Yahudi, daging mesti bebas daripada darah sebelum manusia boleh memakannya. Sementara itu, garam Kosher mempunyai tekstur kasar dan tidak stabil yang amat berkesan dalam menyingkirkan darah.

Perbezaan utama antara garam Kosher dan lain-lain adalah struktur empingan. Disebabkan saiz empingan yang besar, anda boleh menaburkannya dengan jari anda. Garam Kosher juga akan menawarkan rasa yang berbeza, bagaimanapun, jika anda membiarkan garam larut sendiri, tidak ada banyak perbezaan berbanding garam biasa yang mengandung natrium.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan