Ada Keraguan Mengenai Puting Payudara? Mengapa Saiz, Warna & Bentuk Berubah? Ini Alasannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Wahai kaum Hawa, anda pernah mempunyai persoalan mengenai puting payudara anda?

Atau anda ada cuba Google untuk memastikan yang anda mempunyai payudara normal?

Sebahagian daripada anda mungkin tertanya-tanya kenapa puting di payudara anda kelihatan berbeza jika dibandingkan dengan orang lain.

Anda mungkin memiliki tiga puting payudara, tumbuh bulu pada puting atau banyak lagi masalah lain pada buah dada, namun jangan risau!

Walaupun puting anda mungkin kelihatan aneh bagi anda, kemungkinan besar bahawa ‘keanehan’ itu sebenarnya normal.

Dan, yang paling penting, anda tidak keseorangan kerana ramai lagi wanita di luar sana mempunyaI ‘sesuatu’ yang berbeza pada puting mereka.

Namun ketahuilah, kelainan pada puting anda mungkin mengandungi maksud yang tertentu mengenai kesihatan diri.

Adakah puting payudara anda tidak normal? Baca kupasan artikel ini:

1. Anda mempunyai saiz puting yang besar ataupun kecil

3 Cara Terbaik untuk Membuang bulu pada Puting Payudara Anda

Jika anda khuatir akan perkara ini, jangan risau! Ini kerana perbezaan saiz puting adalah perkara yang amat normal bagi seseorang wanita.

Selain itu, jika perbezaan saiz ini menimbulkan kerisauan terhadap kesihatan diri anda, ia adalah tidak perlu!

Ini kerana ia tidak membawa apa-apa maksud negatif kepada kesihatan diri anda.

Menurut pakar, saiz puting tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keadaan kesihatan yang berbahaya seperti penyakit yang paling digeruni wanita, kanser payudara.

Oleh itu, anda sudah boleh stop fikirkan hal ini kerana memang ternyata bahawa perbezaan pada saiz puting payudara tidak memudaratkan kesihatan diri.

2. “Kenapa warna puting payudara saya pelik?”

Hal ini sama macam perbezaan pada saiz puting!

Puting payudara juga mempunyai warna yang berbeza-beza bagi setiap individu.

Jika warna puting anda pucat dan urat-urat yang berwarna kebiruan jelas kelihatan pada permukaan kulit ataupun puting anda berwarna coklat gelap/ kehitaman, usah risau!

Ini semua ciri yang normal.

Pakar juga kongsikan bahawa warna puting pada payudara seseorang wanita tidak mempunyai apa-apa kesan buruk pada kesihatan.

Ini kerana perbezaan warna puting boleh berlaku disebabkan banyak faktor seperti perbezaan bangsa, etnik, keturunan dan sebagainya.

Pakar turut mengatakan bahawa warna puting kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang petanda patologi payudara.

Namun, jika puting anda tiba-tiba bertukar warna, seperti bertukar kepada warna kemerahan tanpa sebab yang munasabah, tindakan segera harus diambil.

Anda harus segera lakukan temujanji bersama doktor kerana dikhuatiri ia mungkin menjadi petanda kanser payudara.

3. Puting mengeluarkan cecair

biopsi payudara

Pakar mengatakan bahawa kesemua saluran di payudara bergabung ke bahagian puting dan sebab itulah para wanita dapat menyusu.

Namun begitu, terdapat sesetengah kes puting mengeluarkan cecair walaupun mereka bukan sedang menyusu.

Bagi masalah ini, pakar mengatakan punca fisiologi boleh menyumbang kepada faktor keluarnya cecair daripada puting dan perkara ini tidak berbahaya kepada kesihatan.

Menurut Institut Kesihatan Nasional, perkara ini boleh terjadi terutamanya apabila payudara bergeseran dengan pakaian anda.

Namun, anda harus segera berjumpa doktor jika perkara di bawah ini berlaku, ini mungkin menjadi petunjuk kepada tiroid atau kanser payudara:

  • Ia berlaku kepada kedua-dua belah payudara
  • Cecair yang keluar daripada kebengkakan pada puting ini menyakitkan, berdarah atau mempunyai rona berwarna kehijauan

4. Puting anda tenggelam?

Jika anda mempunyai puting yang tengelam, ini mungkin kerana faktor kongenital tetapi fahami juga bahawa perkara ini boleh berlaku sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seorang wanita.

Ketahuilah bahawa puting yang tenggelam bukanlah perkara yang asing lagi.

Ini kerana ada anggaran bahawa dalam kalangan wanita, 10 ke 20% individu mempunyai puting yang tenggelam.

Puting yang tenggelam sememangnya merupakan perkara yang normal dan boleh terjadi sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah payudara.

Bagi wanita hamil yang mengalami perkara ini, anda juga tidak perlu khuatir kerana kebolehan anda untuk menyusukan anak tidak akan terjejas.

Akan tetapi anda mungkin akan mengalami sedikit kesukaran pada permulaannya.

Namun begitu, sekiranya puting payudara anda tiba-tiba tenggelam dan tidak kembali kepada bentuk asalnya, segera dapatkan khidmat nasihat doktor.

Ia mungkin petanda kepada penyakit berbahaya iaitu kanser payudara.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

Sekiranya anda seorang remaja perempuan, anda mungkin berasa bimbang akan risiko mendapat barah payudara. Persoalannya, bolehkah remaja mendapat kanser itu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kanser Payudara, Kanser 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Susah Nak Menyusu Sebab Masalah Puting Rata? Ibu Cuba 5 Cara Ini Bagi Nipple Timbul!

Anda pasti menganggap semua puting susu adalah sama. Namun hakikatnya, ada puting yang berbeza dan boleh menjejaskan ibu untuk menyusukan bayi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 19/08/2020 . 3 minit bacaan

Benjolan Di Ketiak Petanda Kanser Payudara? Bagaimana Nak Pastikan Ketulan Berbahaya?

Kanser payudara merupakan antara penyakit yang paling digeruni oleh para wanita dan membuatkan ramai orang tertanya-tanya akan tanda-tanda kanser payudara.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Pusat Kesihatan, Kanser Payudara 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Suami Tegur Buah Dada Isteri Makin Besar Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke Ni?

Pil perancang kehamilan dikatakan mempunyai kesan sampingan termasuklah meningkatkan saiz payudara. Betul ke ni? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit pada payudara selepas menopaus

Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
Jenis kanser payudara

Tahap & 2 Jenis Kanser Payudara Yang Ditakuti Kaum Hawa, Anda WAJIB Tahu Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 5 minit bacaan
barah payudara

Apa Itu Kanser Payudara : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
penyusuan bayi

Ibu Hidap Barah Payudara, Bolehkah Menyusukan Bayi? Ada Sebarang Kesan Pada Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan