Apa yang Perlu Anda Tahu Jika Memakai Gigi Palsu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Gigi palsu adalah gigi tiruan dan gusi yang terbentuk untuk mulut dan dicipta oleh doktor gigi untuk menggantikan gigi semula jadi yang hilang atau ditanggalkan. Memakai gigi palsu sama ada penuh atau separa, bermakna seseorang boleh menggantikan semua gigi sama ada bahagian atas atau bawah, atau hanya beberapa yang tiada.

Kenapa perlu memakai gigi palsu?

Gigi palsu bukan hanya membuatkan senyuman lebih menawan tetapi juga menjaga struktur bunyi mulut dengan menyokong struktur di sekitar pipi dan bibir. Gigi palsu juga membantu pemakainya memakan makanan yang memerlukannya mengunyah seperti daging dan dodol. Malah ia penyelesaian terbaik untuk menggantikan gigi yang menyebabkan kesakitan yang serius dan masalah kesihatan gigi.

Bagaimanakah rasa pertama kali memakai gigi palsu?

Gigi palsu baru mungkin membuatkan anda berasa sedikit aneh, longgar atau ketat selama beberapa minggu sehingga otot pipi dan lidah menyesuaikan tempatnya dan kemudiannya anda akan berasa selesa untuk memakai dan mengeluarkannya.

Selain itu, anda juga mungkin mengalami kerengsaan kecil atau aliran air liur meningkat semasa mula memakainya. Tetapi masalah ini akan berkurang apabila mulut sudah menyesuaikannya.

Perlukah memakai gigi palsu pada waktu malam?

Anda dinasihatkan untuk ‘merehatkan’ mulut anda selama beberapa jam setiap hari. Pemakaian gigi palsu berpanjangan (24 jam sehari) dapat meningkatkan risiko mendapat denture stomatitis.

Jenis-jenis gigi palsu

Gigi palsu penuh

Gigi palsu penuh adalah untuk pesakit yang kehilangan semua gigi semula jadi di rahang atas atau bawah. Gigi palsu penuh untuk rahang atas terdiri daripada gigi palsu yang diperbuat daripada porselin atau akrilik dan dilekatkan pada dasar akrilik.

Ia sangat diperlukan bagi anda yang kehilangan keseluruhan gigi sama ada di atas atau bawah kerana ia membantu mengembalikan senyuman menawan dan lebih berkeyakinan.

Gigi palsu separa

Ia adalah untuk memenuhi ruang antara gigi yang ditanggalkan atau tertanggal dengan gigi semula jadi. 

Penjagaan gigi palsu

Penjagaan gigi palsu dengan baik mengurangkan sebarang risiko pada masa akan datang. Gigi palsu yang tidak dijaga boleh berubah warna dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan sekiranya dibiarkan berpanjangan.

Anda perlu menyimpannya semalaman dengan merendamnya di dalam bekas berisi air bagi mengelakkannya meleding atau kehilangan bentuk asalnya.

Walaubagaimana pun, anda perlu menukarnya kepada yang baru dalam tempoh 3 hingga 5 tahun penggunaan kerana perubahan keadaan mulut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Gigi Palsu Keperluan untuk Warga Tua

    Gigi Palsu: Keperluan untuk Warga Tua

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/07/2019 . 2 minit bacaan

    Keperluan Pelekat Gigi Palsu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 29/06/2018 . 2 minit bacaan

    Benarkah Memakai Gigi Palsu Menjejaskan Keyakinan Diri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 28/06/2018 . 2 minit bacaan