Kecederaan pada mata adalah suatu perkara yang agak lazim berlaku.
Malah, perkara yang mudah juga boleh menjejaskan mata.
Sebagai contoh, kotoran kecil masuk ke dalam mata anda, syampu masuk dalam mata atau sesuatu yang tidak sengaja merebak ke mata anda.
Ini adalah masalah yang biasanya anda hadapi di rumah atau di tempat kerja atau semasa bermain sukan, jadi anda mesti tahu bagaimana untuk mengatasi kecederaan mata anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, anda boleh klik di sini.
Apakah definisi kecederaan pada mata?
Kesemua sakit yang berkaitan dengan kawasan mata dipanggil kecederaan pada mata.
Terdapat banyak punca kecederaan pada mata, antaranya:
Bengkak di sekeliling mata
Ini berlaku apabila anda bermain sukan di setiap peringkat seperti:
- Sukan berisiko tinggi – tinju atau seni mempertahankan diri, dan lain lain
- Sukan berisiko rendah – bola sepak, besbol, skuash, berenang, gimnastik, aerobik, dan lain-lain
Mencakar mata anda
Keadaan ini sering berlaku pada kanak-kanak.
Kanak-kanak sangat aktif jadi kadangkala kita tidak dapat mengawal mereka.
Bahan kimia
Biasanya, anda mengalami masalah sabun atau syampu atau produk pembersihan rumah yang lain masuk ke dalam mata.
Pastikan mata anda diperiksa untuk mengetahui tahap bahayanya.
Bahan radiasi
Jika anda tidak memakai cermin mata hitam untuk mengelakkan cahaya UV, mata anda boleh terbakar oleh cahaya matahari yang terang.
Semasa bekerja, terutamanya sebagai tukang kimpal, pekerja mesti menggunakan jenis cermin khas untuk melindungi mata mereka daripada cahaya intensiti tinggi peralatan kimpalan.
Lain-lain jenis cahaya yang boleh mencederakan mata anda adalah bilik penyamakan atau lampu ultra-lembayung.
Pengaruh luar
Kayu kecil atau kersik logam yang masuk ke dalam mata boleh membuat mata anda cedera.
Apakah yang boleh anda lakukan?
Kecederaan pada mata biasanya tidak memerlukan ubat kerana ia akan hilang dalam 24 jam.
Namun, sekiranya anda berasa tidak tahan, anda boleh menggunakan paracetamol atau ibuprofen untuk meredakan mata anda.
Jika anda menggunakan kanta lekap secara berkala, berhati-hati dan jangan sentuh atau gosok mata anda.
Namun, anda tidak boleh menggunakan kanta lekap apabila mata anda cedera untuk mengelakkan kerosakan selanjutnya.
Dengan kecederaan kimia, anda perlu membilas secepat mungkin.
Jika anda masih berasa tidak selesa selepas berjam-jam, anda perlu berjumpa doktor atau jururawat anda untuk mendapatkan nasihat.
Sekiranya masih terdapat objek asing yang tidak boleh keluar pada mata anda, jangan cuba untuk membuangnya sendiri.
Ia boleh menyebabkan kecederaan lain. Anda harus mendapatkan bantuan daripada pakar.
Dalam keadaan kecederaan pada mata yang lebih serius, anda mesti berjumpa pakar mata untuk memeriksa semula mata anda.
Pertama, doktor akan bertanya bagaimana kecederaan itu berlaku untuk memeriksa keterukannya.
Kemudian, doktor boleh menetapkan salap antibiotik atau titisan mata untuk mencegah jangkitan.
Walaupun jangkitan jarang berlaku, ia boleh menjadi sangat berbahaya.
Kecederaan pada mata tidak serius jika anda tahu cara mencegah dan merawat dengan sewajarnya.

















