5 Sebab Kenapa Hubungan Kelamin Boleh Menyakitkan Anda Atau Pasangan, JANGAN Ambil Mudah!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/12/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Hubungan kelamin adalah amat penting dalam perkahwinan. Hubungan kelamin bukan sahaja perkongsian suami isteri tetapi juga adalah komunikasi intim yang tidak anda alami dengan orang lain.

Walau bagaimanapun, sesetengah pasangan berasa sangat sukar untuk menikmati hubungan kelamin kerana rasa sakit yang berlaku di pertengahan proses.

Oleh itu, jika anda sedang mencari penyelesaian bagi masalah ini, ketahulah meklumat berikut.

Punca kesakitan semasa hubungan kelamin

Kekurangan pelincir

pelincir seks

Sesetengah wanita dilahirkan dengan faraj kering, menjadikannya sukar untuk melakukan hubungan kelamin secara normal. Jika anda tidak cukup pelincir semula jadi , penembusan akan menjadi menyakitkan.

Tekanan dan ketegangan

Tekanan dari sejuta kerja setiap hari akan membuat anda tertekan. Keletihan mungkin terasa sehingga ke waktu tidur. Dengan tekanan dan ketegangan hidup, anda mungkin tidak dapat menikmati keintiman dengan selesa. Oleh itu, kadangkala anda mengalami rasa sakit semasa hubungan kelamin.

Jangkitan kelamin

Terdapat pelbagai jenis jangkitan kelamin seperti herpes, dan trichomoniasis. Jangkitan ini mungkin menyebabkan perubahan dalam vulva dan vagina yang menyumbang kepada rasa sakit semasa hubungan kelamin dan membuat hubungan kelamin tidak menyeronokkan.

Endometriosis

‘Secondary Dysmenorrhea’ Bukan Senggugut Biasa - endometriosis

Kira-kira 7% daripada wanita mengalami endometriosis. Dalam keadaan ini, tisu lapisan dalam rahim ditemui pada bahagian lain. Oleh itu, ia akan menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin.

Menopaus

Dalam tempoh menopaus atau selepas menopaus tamat, faraj dan vulva mungkin bertambah sensitif. Oleh itu, mempunyai hubungan kelamin semasa waktu ini mungkin menyakitkan.

Sindrom Usus Iritabel

Jika anda mempunyai simptom biasa IBS; tempoh kekejangan usus, dan sembelit bermusim, dan / atau cirit-birit, rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin tidak dapat dielakkan.

Rawatan

Jika anda kekurangan pelincir, cari pelincir yang sesuai. Gunakannya dari awal hubungan supaya anda boleh mengelakkan kesakitan semasa hubungan kelamin. Penggunaan dari  permulaan juga mengelakkan keperluan pelincir ketika sedang klimaks, yang boleh merosakkan waktu intim tersebut.

Jika anda mengalami tekanan atau ketegangan, cuba beberapa kelas yoga untuk menghilangkan kekusutan fikiran anda.

Jika anda mendapat jangkitan kelamin, anda perlu menghubungi doktor dan menjalani ujian yang sesuai.

jika anda mengalami endometriosis, anda mungkin perlu menjalani pembedahan laparoskopi. Rawatan yng terbaik adalah berjumpa dengan doktor dahulu.

Hubungan kelamin menyumbang  kepada kebahagiaan perkahwinan. Jika anda masih berasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda, anda perlu mengikuti langkah-langkah di atas atau dapatkan nasihat daripada pakar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

Apakah resepi kebahagian kehidupan suami isteri? Layanan kepada pasangan anda semestinya salah satu daripadanya tetapi elakkan melakukan 14 perkara ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Menghangatkan Ini!

Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 28/09/2020 . 3 minit bacaan

4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

Tahukah anda bahawa kitaran tindak balas seksual terdapat 4 fasa yang utama? Jika belum, jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 24/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
manfaat hubungan sihat

Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
ketagihan seks

Bukan Hanya Lelaki, Wanita Juga Boleh Alami KETAGIHAN Seks! Ini Ciri Orang Gila Seks

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan saluran kencing

Rasa Pedih Ketika Kencing Selepas Seks? Mungkin Anda Terkena Jangkitan Saluran Kencing

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan