Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sembilan bulan sudah berlalu, tetapi wabak penyakit berjangkit COVID-19 masih lagi membelenggu seantero dunia.

Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan gelombang ketiga virus corona, dengan jumlah peningkatan kes yang amat menakutkan.

Walaupun pelbagai cara telah diimplementasikan oleh pihak kerajaan bagi mengawal penularan wabak ini, namun ternyata ia tidak berkesan sepenuhnya.

Semakin ramai rakyat kita menjadi mangsa virus corona, tanpa mengira umur, jantina mahupun bangsa.

Pernahkah anda terfikir sama ada virus ini boleh menjangkiti individu buat kali kedua atau seterusnya? Mari ikuti artikel ini yang menyimpulkan banyak kajian berkenaan dengan kes COVID-19.

Sementara itu, ketahui statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

61,861

Disahkan

9,196

Sembuh

350

Kes Kematian
Peta sebaran

Bolehkah virus corona menyerang anda buat kali kedua?

Mendapat jangkitan COVID-19 buat kali pertama sudah merisaukan, apa lagi kalau anda dijangkiti buat kali kedua dan seterusnya kan?

Namun, sejauh manakah wabak penyakit berjangkit ini terus berkembang selepas serangan kali pertama?

Para saintis telah menemui bukti kukuh pertama bahawa individu boleh dijangkiti semula dengan virus corona.

Artikel berkaitan:

Pakar Jawab 5 Soalan Berkaitan Langkah Berjaga-jaga Elak COVID-19, Ini SAHIH

Satu kajian baru mendedahkan seorang lelaki berusia 33 tahun yang dirawat di hospital sebagai kes ringan pada Mac lepas, kembali menghidap virus yang serupa ketika beliau menjalani ujian saringan COVID-19 di lapangan terbang Hong Kong, kurang daripada 5 bulan kemudian.

Paling mengejutkan, beliau tidak menunjukkan apa-apa gejala sekalipun ketika ujian saringan tersebut.

Kelvin To, Ahli Mikrobiologi bahagian klinikal di Universiti Hong Kong (HKU) menjelaskan, kes itu membuktikan segelintir pesakit tidak mempunyai imuniti seumur hidup meskipun telah terdedah kepada virus tersebut sebelumnya.

Bukan itu sahaja, seorang wanita tua daripada China yang didiagnosis menghidap COVID-19 pada bulan Februari dan pulih sepenuhnya telah diuji positif sekali lagi, 6 bulan selepas kes pertama.

Kedua-dua kes itu tidak mempunyai kontak rapat dengan pesakit kes positif, tetapi kuarantin tetap dijalankan untuk kedua-dua kes tersebut bagi mengurangkan penularan virus.

Malangnya, kes jangkitan semula ini tidak berpusat di China dan Hong Kong sahaja.

virus corona

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 25 tahun dari Nevada, Amerika Syarikat hadir untuk menerima rawatan bagi gejala jangkitan virus biasa yang berlaku pada diri beliau.

Beliau menunjukkan simptom yang serupa pada dua masa yang berbeza, iaitu pertama semasa ujian saringan komuniti pada April 2020, manakala kali kedua berlaku pada awal Jun 2020.

Kedua-dua ujian yang diambil beliau menunjukkan keputusan positif, meskipun terdapat dua ujian negatif yang dilakukan pada Mei 2020.

Selain daripada mendapat jangkitan virus ini buat kali kedua, banyak kajian mendedahkan jangkitan kedua lazimnya lebih simptomatik dan teruk berbanding kali pertama.

Kenali antibodi terhadap virus corona

wabak penyakit berjangkit

Sistem imun tubuh kita boleh melawan jangkitan dengan menghasilkan antibodi terhadap virus.

Sebelum ini, terdapat beberapa pakar berpendapat bahawa individu yang pulih daripada jangkitan COVID-19 akan mempunyai antibodi yang menawarkan perlindungan terhadap jangkitan semula.

Namun, seberapa kuat tindak balas imun dan berapa lama antibodi tersebut berada di dalam sistem tubuh kita masih belum diketahui sepenuhnya.

Pakar penyakit berjangkit menegaskan bahawa imuniti terhadap koronavirus lain yang diketahui, termasuklah virus yang menyebabkan selesema biasa lazimnya hanya bertahan selama 3 hingga 6 bulan.

wabak penyakit berjangkit

Kajian jangkitan semula daripada Hong Kong mendapati, jangkitan kedua daripada baka virus yang sedikit berbeza daripada yang pertama, sehingga mengesahkan keupayaan virus ini menghasilkan jangkitan semula pada masa akan datang.

Meskipun begitu, Dr Stephanie Stovall, Pengarah Perubatan Pencegahan Jangkitan di Lee Health mengatakan bahawa kita tidak seharusnya berasa tertekan mengenai perkara ini.

Menurut beliau, banyak saintis yang menjangkakan keadaan seperti ini berlaku dengan virus corona.

Baca juga: 

Beliau turut berkongsi pendapat mengenai pesakit dijangkiti semula dalam masa terdekat, iaitu jarak masa 4 hingga ke 6 bulan setelah pulih daripada jangkitan pertamanya.

Ini seterusnya membuktikan bahawa imuniti jangka panjang mungkin tidak akan berlaku secara semula jadi selepas jangkitan COVID-19.

“Dengan virus COVID-19 dan selesema biasa seperti koronavirus dan rhinovirus lain, tubuh kita akan menghasilkan antibodi yang boleh dikesan.

“Namun, ada kemungkinan bahawa antibodi ini sama ada tidak bertahan buat tempoh lama atau tidak kuat untuk mencegah jangkitan semula,” sambung Dr Stovall lagi.

Jadi, apakah yang boleh anda lakukan?

Cara terbaik untuk mengelakkan diri anda daripada wabak penyakit berjangkit berbahaya ini ialah isolasi di rumah semasa kes sedang naik secara mendadak kini, terutama sekali jika anda mempunyai sistem imun yang lemah.

Akhir kata, amalkan penjarakan sosial, pakailah topeng muka seperti yang disarankan dan jagalah kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun mahupun hand sanitizer.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

Kajian terbaru mendedahkan lelaki lebih banyak terkena tempias virus corona berbanding wanita. Klik artikel untuk ketahui sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Coronavirus, COVID-19 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

Wabak koronavirus masih membelenggu seluruh dunia. Malah kes-kes mental dilihat semakin mencanak naik, tidak terkecuali gangguan stres pasca trauma (PTSD).

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/11/2020 . 3 minit bacaan

Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pilihan raya umum

Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
penutup mulut dan hidung

Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
wabak penyakit dan pelajar

Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
keselamatan anak

Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan