Kegunaan
Apakah kegunaan krim Terbinafine?
Krim Terbinafine biasanya digunakan untuk melegakan kegatalan, kulit pecah, retak dan bersisik disebabkan oleh kurap, panau, kutu air, dan jangkitan fungus yang lain pada kulit.
Bagaimanakah saya harus mengambil Terbinafine?
Gunakanlah terbinafine sebagaimana diarahkan oleh doktor anda. Periksa label yang terdapat bagi mengetahui dos yang betul.
Basuh tempat yang dijangkiti menggunakan sabun dan air. Pastikan tempat tersebut kering sepenunya sebelum mengenakan krim Terbinafine.
Sapukan sedikit dan gosok dengan perlahan-lahan seperti yang diarahkan oleh doktor anda atau tertera pada kotak.
Jika anda menggunakan krim Terbinafine untuk kutu air, pastikan anda menyapu ubat ke celah jari kaki. Pakai kasut yang mempunyai saiz dan pengudaraan yang elok. Tukar kasut dan stoking sekurang-kurangnya sekali sehari.
Basuh tangan anda selepas menggunakan krim Terbinafine melainkan tangan anda juga sebahagian daripada kawasan rawatan.
Untuk menghapuskan jangkitan sepenuhnya, guna krim Terbinafine sehingga habis rawatan. Teruskan menggunakannya walaupun jangkitan tersebut nampak semakin pulih selepas beberapa hari dirawat.
Bagaimanakah kaedah penyimpanan krim Terbinafine?
Ia paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?
Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
- Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain
- Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
- Anda mempunyai masalah buah pinggang
Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Kesan sampingan
Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku daripada krim Terbinafine?
Tindak balas alahan yang melampau (ruam, geligata, gatal, sukar bernafas, ketat dada, bengkak mulut, muka, bibir atau lidah); kulit menjadi bertambah gatal atau baru menjadi gatal mungkin berlaku selepas menggunakan ubat ini.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan krim Terbinafine?
Krim Terbinafine mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan terbinafine?
Krim Terbinafine mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan krim Terbinafine?
Krim Terbinafine akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan krim Terbinafine.
Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?
Dos normal orang dewasa bagi Tinea Corporis:
- Krim, gel, spray: Guna pada kawasan yang dijangkiti sekali sehari
Dos normal orang dewasa bagi Tinea Cruris:
- Krim, gel, spray: Guna pada kawasan yang dijangkiti sekali sehari
Dos normal orang dewasa bagi Tinea Pedis:
- Krim, spray: Guna pada kawasan yang dijangkiti dua kali sehari
- Gel: Guna pada kawasan yang dijangkiti sekali sehari
Dos normal orang dewasa bagi Tinea Versicolor:
- Cecair: Guna pada kawasan yang dijangkiti dua kali sehari
Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?
Dos normal kanak-kanak bagi Tinea Corporis:
- 12 tahun dan ke atas: Krim, gel, spray: Guna pada kawasan yang dijangkiti sekali sehari
Dos normal kanak-kanak bagi Tinea Cruris:
- 12 tahun dan ke atas: Krim, gel, spray: Guna pada kawasan yang dijangkiti sekali sehari
Dos normal kanak-kanak bagi Tinea Pedis:
- 12 tahun dan ke atas:
- Krim, spray: Guna pada kawasan yang dijangkiti dua kali sehari
- Gel: Guna pada kawasan yang dijangkiti sekali sehari
Bagaimanakah krim Terbinafine disediakan?
Krim Terbinafine tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:
- Krim 1%
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]