Kegunaan
Apakah kegunaan Zocor® (simvastatin)?
Zocor® tergolong dalam kumpulan ubat-ubatan yang dipanggil HMG CoA reductase inhibitors, atau “statins.’ Simvastatin mengurangkan tahap kolesterol “buruk’ (lipoprotein berketumpatan rendah atau LDL) dan trigliserida dalam darah, sambil meningkatkan kolesterol ‘ (lipoprotein berketumpatan tinggi, atau HDL).
Zocor® digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan trigliserida (jenis lemak) dalam darah.
Ia juga digunakan untuk mengurangkan risiko serangan strok, serangan jantung, dan komplikasi jantung lain pada pesakit diabetes, penyakit jantung koronari, atau faktor risiko lain.
Zocor® digunakan pada orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia sekurang-kurangnya 10 tahun.
Zocor® juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.
Bagaimanakah saya harus mengambil Zocor® (simvastatin)?
Ambil Zocor® seperti yang ditetapkan. Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan mengambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar, atau lebih lama daripada yang ditetapkan. Mengambil terlalu banyak ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius atau mengancam nyawa.
Zocor® biasanya diambil pada waktu tidur atau makan malam. Sekiranya anda mengambil ubat ini lebih daripada sekali sehari, ambil dengan makanan. Doktor mungkin akan mengubah dos untuk memastikan anda memperoleh hasil yang terbaik.
Semasa menggunakan Zocor®, anda mungkin memerlukan ujian darah yang kerap.
Anda mungkin perlu mengambil Zocor® secara jangka panjang untuk rawatan kolesterol tinggi. Anda mungkin perlu berhenti menggunakan ubat ini untuk masa yang singkat jika anda mempunyai pembedahan atau kecemasan perubatan. Jangan berhenti mengambil ubat ini melainkan atas saranan doktor.
Zocor® hanya sebahagian daripada program rawatan lengkap yang termasuk diet, senaman, dan kawalan berat badan. Ikuti diet, ubat, dan rutin senaman anda dengan teliti.
Bagaimanakah kaedah penyimpanan Zocor® (simvastatin)?
Zocor® paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Zocor® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Zocor® ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Zocor® (simvastatin)?
Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada doktor anda, jika:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana, semasa anda berusaha mendapatkan anak atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti ubat-ubatan herba dan pelengkap
- Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Zocor® atau ubat lain
- Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
Anda tidak boleh mengambil Zocor® jika anda alah kepada simvastatin, jika anda hamil atau menyusu, atau jika anda mempunyai penyakit hati yang aktif.
Ubat berikut boleh meningkatkan risiko masalah otot yang serius jika anda mengambilnya bersama dengan Zocor®. Ubat-ubat ini tidak boleh digunakan semasa anda mengambil Zocor®:
- Cyclosporine
- Danazol
- Gemfibrozil
- Nefazodone
- Antibiotik –clarithromycin, erythromycin, telithromycin
- Ubat antikulat –itraconazole, ketoconazole, posaconazole, voriconazole
- Ubat Hepatitis C –boceprevir, telaprevir
- Ubat HIV/AIDS –atazanavir, cobicistat (Stribild, Tybost), darunavir, fosamprenavir, indinavir, nelfinavir, ritonavir, saquinavir, tipranavir
Sebelum anda mula mengambil Zocor®, maklumkan kepada doktor jika anda sudah menggunakan ubat-ubatan seperti:
- Lomitapide
- Ubat untuk jantung –amiodarone, amlodipine, diltiazem, dronedarone, ranolazine, verapamil
Zocor® boleh menyebabkan keadaan yang menyebabkan pemecahan tisu otot rangka, yang membawa kepada kegagalan buah pinggang. Keadaan ini mungkin lebih tinggi berlaku pada orang tua dan pada individu yang mempunyai penyakit buah pinggang atau hypothyroidism yang kurang terkawal (tiroid yang tidak aktif).
Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini berada di kategori X bagi risiko mengandung.
Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:
- A=Tiada risiko
- B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
- C=Mungkin terdapat sedikit risiko
- D=Terbukti berisiko
- X=Kontraindikasi
- N=Tidak diketahui
Kesan-kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan Zocor® (simvastatin)?
Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap Zocor®: gatal, susah bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.
Dalam kes yang jarang berlaku, Zocor® boleh menyebabkan keadaan yang menyebabkan pemecahan tisu otot rangka, yang membawa kepada kegagalan buah pinggang. Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami sakit otot, sakit atau lemah otot yang tidak dapat dijelaskan terutamanya jika anda juga mempunyai demam, keletihan yang luar biasa, dan air kencing berwarna gelap.
Hubungi doktor anda sekiranya anda mempunyai:
- Tanda-tanda masalah buah pinggang – sedikit atau tidak kencing; kencing yang menyakitkan atau sukar, bengkak di kaki atau buku lali anda, berasa letih atau nafas pendek
- Masalah hati-loya, sakit perut atas, gatal-gatal, perasaan letih, hilang nafsu makan, air kencing gelap, najis seakan warna tanah liat, jaundis (kulit atau mata menguning)
Kesan sampingan biasa Zocor® mungkin termasuk:
- Sakit kepala
- Sembelit, mual, sakit perut
- Gejala sejuk seperti hidung tersumbat, bersin, sakit tekak
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Zocor® (simvastatin)?
Zocor® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:
- Delavirdine
- Fenofibrate
- Fluconazole
Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Zocor® (simvastatin)?
Zocor® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Zocor® (simvastatin)?
Zocor® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.
Keadaan kesihatan mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:
- Sejarah penyakit hati
- Sejarah penyakit buah pinggang
- Diabetes
- Gangguan tiroid
- Jika anda minum lebih daripada dua minuman beralkohol setiap hari
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Zocor® (simvastatin).
Apakah dos Zocor® (simvastatin) yang sesuai untuk seorang dewasa?
Dos Dewasa yang Biasa untuk Pencegahan Penyakit Jantung:
Julat dos biasa: 5 hingga 40 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang.
Pesakit dengan penyakit jantung koronari (CHD) atau berisiko tinggi CHD:
- Dos permulaan: 10 hingga 20 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang bermula serentak dengan diet dan senaman
Pesakit berisiko tinggi untuk CHD disebabkan oleh CHD yang sedia ada, kencing manis, penyakit vaskular periferal, sejarah strok atau penyakit cerebrovaskular yang lain:
- Dos permulaan: 40 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
Dos Dewasa Biasa untuk Pengurangan Risiko mendapat penyakit Kardiovaskular:
Julat dos biasa: 5 hingga 40 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
Pesakit dengan CHD atau berisiko tinggi CHD:
- Dos permulaan: 10 hingga 20 mg secara lisan sekali sehari pada waktu petang bermula serentak dengan diet dan senaman
Pesakit berisiko tinggi untuk kejadian CHD disebabkan oleh CHD yang sedia ada, kencing manis, penyakit vaskular periferal, sejarah strok atau penyakit serebrovaskular yang lain:
Dos permulaan: 40 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang.
Dos Dewasa Biasa untuk Hiperkolesterolemia Homozygous Famili:
Dos yang disyorkan: 40 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang.
Apakah dos Zocor® (simvastatin) yang sesuai untuk kanak-kanak?
Dos kanak-kanak yang biasa untuk Heterozygous Familial Hypercholesterolemia:
Bawah dari 10 tahun: Tidak disyorkan.
10 tahun atau lebih tua:
- Dos permulaan: 10 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
- Dos penyelenggaraan: 10 hingga 40 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
- Dos maksimum: 40 mg secara oral sekali sehari pada waktu petang
Apakah bentuk ketersediaan Zocor® (simvastatin)?
Zocor® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
- Tablet, bersalut filem: simvastatin 5 mg
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]