backup og meta

Dynastat

Kegunaan

Apa itu Dynastat?

Dynastat® biasanya digunakan untuk rawatan jangka masa pendek bagi kesakitan akut dan kesakitan selepas pembedahan seperti pembedahan mulut, histerektomi, perut, miomektomi, penggantian lengkap lutut, penggantian artroplasti pinggul, kolesistektomi laparoskop, pembaikan hernia inguinal dan pembedahan umum lain seperti laparoskopi diagnostik, gastrektomi, hernioplasti, apendektomi, hemitiroidektomi dan splenektomi.

Bagaimanakah kegunaan Dynastat?

Sila ambil suntikan Dynastat® dengan pakar penjagaan kesihatan di hospital, dengan dos yang dikira oleh doktor anda. Serbuk ini perlu dilarutkan dalam larutan sebelum disuntik secara intravena.

Sila baca label dengan teliti sebelum menggunakan Dynastat®.

Sila rujuk doktor anda untuk apa-apa maklumat mengenai label yang anda tidak faham dengan jelas.

Bagaimana saya menyimpan Dynastat?

Dynastat® paling baik disimpan pada suhu bilik dan terlindung dari cahaya matahari dan kelembapan. Bagi mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Dynastat® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Dynastat® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat jauh dari capaian kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Dynastat® ke dalam jamban atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Dynastat?

Sebelum mengambil ubat ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif Dynastat® atau ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Adakah selamat untuk mengambil Dynastat semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Antara beberapa kesan sampingan adalah:

  • Mual, sakit perut, sembelit, dispepsia, muntah, mulut kering, kembung perut
  • Sakit belakang
  • Edema periferi
  • Radang gusi (soket kering)
  • Pening
  • Insomnia
  • Oliguria
  • Banyak berpeluh, gatal-gatal
  • Tekanan darah rendah
  • Bradikardia
  • Radang farinks
  • Ruam

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Dynastat?

Dynastat® boleh mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang digunakan (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh berinteraksi dengan ubat ini adalah:

  • Fluconazole dan Ketoconazole
  • Ubat tekanan darah tinggi termasuklah perencat ACE, antagonis Angiotensin II, penyekat beta dan diuretik
  • Cyclosporine
  • Methotrexate
  • Litium

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Dynastat?

Dynastat® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol, dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Dynastat?

Dynastat® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi berkenaan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Pengurusan Kesakitan Akut:

Dos tunggal atau permulaan yang disyorkan untuk merawat sakit akut ialah 40 mg, diberikan sama ada melalui IV atau IM, diikuti oleh 20 atau 40 mg setiap 6 hingga 12 jam, seperti yang diperlukan, tidak melebihi dos maksimum harian sebanyak 80 mg. Suntikan bolus IV boleh diberikan terus ke dalam urat atau ke I.V yang sedia ada. talian. Suntikan IM harus diberi dengan perlahan dan mendalam ke dalam otot.

Pencegahan atau Pengurangan Kesakitan Pasca Pembedahan:

Dos yang disyorkan ialah 40 mg diberikan melalui IV atau IM (sebaiknya IV), 30-45 minit sebelum permulaan pembedahan.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Adalah amat penting untuk anda memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Dynastat® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Serbuk larutan, 40 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Dynastat®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga pengambilan dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dynastat® (parecoxib). http://www.news-medical.net/drugs/Dynastat.aspx. Accessed May 4, 2017.
Dynastat® (parecoxib). http://www.medindia.net/doctors/drug_information/parecoxib.htm. Accessed May 4, 2017.
Dynastat® (parecoxib). http://www.ndrugs.com/?s=Dynastat. Accessed May 4, 2017.

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan