Kegunaan
Apa itu Aloxiprin?
Aloxiprin biasanya diguna merawat kesakitan dan inflamasi berkaitan musculoskeletal dan kecacatan sendi.
Bagaimanakah kegunaan Aloxiprin?
Diambil menerusi mulut. Tanyakan pada doktor untuk maklumat lanjut.
Bagaimana kaedah penyimpanan Aloxiprin?
Aloxiprin paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan aloxiprin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama aloxiprin yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang aloxiprin ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Aloxiprin?
Sebelum mengambil aloxiprin, sila beritahu doktor anda:
- Yang anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
- Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
- Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif aloxiprin atau ubatan lain.
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
- Anak anda <16 tahun
- Anda mengalami sindrom Reye, ulser peptik aktif, hemofilia dan lain-lain kecacatan hemoragik.
- Anda mempunyai hiperkepekaan kepada aspirin atau NSAIDs lain.
- Anda mengalami disfungsi hepatik dan renal yang teruk.
Elakkan penggunaan jangkamasa panjang bagi yang di usia lanjut. Hentikan penggunaan beberapa hari sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Adakah selamat untuk mengambil Aloxiprin ssemasa mengandung atau menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan Aloxiprin?
Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:
- GI disturbances
- Gangguan GI
- Hipoprothrombinemia
- Masalah pada darah, contoh: thrombositopenia
- Berpotensi membawa maut: hepatotoksisiti dan hiperkepekaan
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindakbalas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Aloxiprin?
Aloxiprin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang bertindak balas dengan ubatan ini ialah:
- Penyerapan awal salicylate dan kepekatan plasma lebih tinggi menerusi metoclopramide bagi pesakit migrain.
- Peningkatan puncak konsentrasi menerusi metoprolol.
- Penurunan puncak konsentrasi dan peningkatan risiko pendarahan GI dan ulser menerusi corticosteroid.
- Antasid dan peningkatan kumuhan menerusi penyerap.
- Peningkatan aktiviti antikoagulasi coumarin, sulfonylureas, zafirlukast, methotrexate, phenytoin dan valproate.
- Penggunaan comcomitat bersama NSAIDs lain meningkatkan risiko kesan sampingan.
- Alkohol meningkatkan kesan pada GI.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Aloxiprin?
Aloxiprin mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Aloxiprin?
Aloxiprin akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Keadaan kesihatan yang bertidakbalas dengan ubatan ini ialah:
- Infeksi, dyspepsia atau diketahui mengalami lesi (luka) pada mukosa gastrik.
- Asma atau masalah alahan
- Diabetes mellitus
- Fungsi renal dan hepatik yang rosak
- Dehidrasi
- Hipertensi tak terkawal
- Pencetusan anemia hemolitik akut bagi pesakit G6PD bersama dos tinggi
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos Aloxipirin yang disyorkan untuk dewasa?
Dewasa: PO 600-1,200 mg 3 kali/ hari.
Apakah dos Aloxipirin yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Apakah bentuk penyediaan Aloxipirin
Aloxiprin boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
- Tablet
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos aloxiprin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]