Anda pasti?
Karbon monoksida ialah sejenis gas toksik yang tidak mempunyai rasa atau bau. Menyedut karbon monoksida dalam kadar yang tinggi boleh mengancam nyawa seseorang. Selepas anda menyedut karbon monoksida, ia akan masuk ke dalam darah dan mengikat hemoglobin sehingga membentuk karboksihemoglobin. Memandangkan hemoglobin bertanggungjawab membawa oksigen kepada organ, apabila karboksihemoglobin terbentuk, darah anda kehilangan kapasiti untuk membawa oksigen. Bekalan oksigen yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sel rosak dan mati.
Apabila anda membakar bahan api, anda menghasilkan asap yang mengandungi karbon monoksida. Pengumpulan karbon monoksida di dalam rumah boleh menjadi racun bagi manusia dan haiwan.
Terdedah kepada kadar karbon monoksida yang rendah kebiasaannya tidak menyebabkan simptom yang boleh dilihat. Keracunan ringan karbon monoksida boleh menyebabkan sakit kepala. Simptom-simptomnya termasuk pening lalat, mual, muntah, lemah, sakit abdomen, sakit dada, sesak nafas dan kekeliruan. Jika anda menyedut kadar karbon monoksida yang tinggi, ia boleh membawa maut. Keracunan karbon monoksida semasa tidur atau mabuk kebiasaannya menyebabkan maut sebelum simptom-simptom lain dapat dilihat.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Carbon Monoxide Poisoning. https://www.cdc.gov/co/faqs.htm. Accessed April 17, 2017.
Carbon monoxide poisoning. http://www.nhs.uk/conditions/Carbon-monoxide-poisoning/Pages/Introduction.aspx. Accessed April 17, 2017.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen