Produk tenusu sering dianggap sebagai pencetus biasa bagi asma, tetapi hanya sedikit bukti saintifik yang menyokong mitos ini. Bagaimanapun, terdapat kajian yang meringkaskan bukti hubungan antara susu dan asma iaitu bukti semasa tidak secara langsung menghubungkan pengambilan susu dan asma.
Malah, National Asthma Council Australia tidak mencadangkan untuk mengelakkan pengambilan produk tenusu sebagai cara untuk menguruskan asma. Dan mereka juga menasihati bahawa susu dan produk tenusu tidak meningkatkan mukus/lendir.
Jadi, apakah hubungan tenusu dan asma?
Ramai menganggap tenusu mempunyai hubungan dengan asma. Minum susu atau makan produk tenusu tidak menyebabkan asma. Walau bagaimanapun, jika anda mempunya alahan tenusu, ia boleh mencetuskan simptom yang sama seperti asma.
Jika anda mempunyai asma dan alahan tenusu, tenusu boleh memburukkan lagi keadaan asma. Kira-kira 45% kanak-kanak yang menghidap asma mempunyai alahan tenusu dan alahan makanan lain. Kanak-kanak dengan alahan makanan adalah 4 kali ganda cenderung mendapat asma atau keadaan alergi lain berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai apa-apa alahan makanan.
Asma dan alahan makanan menghasilkan tindak balas yang sama. Sistem kekebalan tubuh menjadi berlebihan disebabkan oleh tersalah makanan atau alergen lain sebagai penyerang. Ini menyebabkan wujudnya beberapa mitos tenusu boleh mencetuskan simptom asma.
Penyelidikan perubatan menegaskan bahawa tenusu tidak berkait dengan simptom asma yang semakin buruk. Satu kajian mengenai 30 orang dewasa dengan asma menunjukkan bahawa minum susu lembu tidak menyebabkan simptomnya menjadi lebih teruk.
Di samping itu, satu kajian pada tahun 2015 mendapati bahawa ibu yang mengambil sejumlah produk tenusu semasa hamil mempunyai bayi dengan risiko asma dan gangguan alahan lain, seperti ekzema.
Tenusu dan mukus
Sebab lain yang mungkin dikaitkan antara produk tenusu dengan asma adalah kerana ia dianggap peningkatan lendir dalam tubuh anda. Mereka yang mempunyai asma menyebabkan mempunyai terlalu banyak mukus di dalam paru-paru mereka.
Walau bagaimanapun, National Asthma Council of Australia mendapati bahawa susu dan tenusu tidak menyebabkan tubuh seseorang menghasilkan banyak mukus. Tetapi bagi sesetengah orang dengan alahan tenusu, susu boleh menebal air liur di dalam mulut.
Oleh itu, untuk mencapai kawalan asma yang baik, anda harus mengikuti saranan doktor anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.