backup og meta

4 Manfaat Madu TAK Ramai Sedar Jika Diamal Masa Bulan Puasa, Apa Tunggu Lagi?

4 Manfaat Madu TAK Ramai Sedar Jika Diamal Masa Bulan Puasa, Apa Tunggu Lagi?

Madu memiliki keistimewaan dibandingkan zat pemanis lain dan boleh terus memakannya tanpa perlu proses pengolahan terlebih dahulu.  

Ini kerana kandungan gula sederhana yang terdapat di dalamnya, iaitu glukosa dan fruktosa dengan kadar yang cukup tinggi. Ia berbeza dengan gula tebu yang harus diolah terlebih dahulu sebelum digunakan.

Jumlah kalori yang dihasilkan bagi setiap 100g madu dalah 294 kalori dan ini lebih rendah berbanding gula yang kalorinya 364 bagi setiap 100g. Baca artikel ini untuk mengetahui kelebihan pengambilan madu semasa berpuasa.

1. Mengekalkan tenaga

Tenaga adalah perkara yang diperlukan tubuh supaya tidak lemah, letih dan lesu sepanjang berpuasa. Pengambilan tenaga boleh dipenuhi dengan makan madu ketika bersahur, yang mana dipercayai memenuhi keperluan tenaga sehingga waktu berbuka puasa. Madu juga boleh memenuhi keperluan cecair tubuh dan membantu badan daripada masalah dehidrasi semasa puasa.

2. Mengawal berat badan

Gunakan madu yang dicairkan dengan air suam, untuk membakar lemak yang masuk ke dalam badan kita. Dengan cara itu, lemak akan lebih mudah dibakar dan menjadi tenaga yang diperlukan oleh tubuh semasa berpuasa.

3. Mengimbangi metabolisma

Metabolisma tubuh akan berjalan lancar dan baik sekiranya mengambil madu yang dicampurkan dengan air. Jadi, cuba minum madu yang dicairkan dengan air suam ketika sahur. Ia boleh membantu tubuh mencerna nutrien yang terdapat dalam makanan yang diambil ketika sahur dan berbuka.

4. Mengatasi sembelit

Pergerakan usus akan menjadi lebih baik dengan pengambilan madu. Jika pergerakan usus kecil dan usus besar berfungsi dengan baik, maka masalah sembelit dapat dielakkan daripada berlaku sepanjang berpuasa Ramadan.

Sebagai pengganti gula, madu sangat mujarab untuk meningkatkan stamina. Menambahkan madu dalam pola makan seharian sebagai ganti gula dan pembekal tenaga yang dapat diserap oleh tubuh.

Madu mengandung gula sederhana, protein, dan sedikit gula kompleks. Madu bersifat antibiotik, antiseptik, dan antifungal yang menghambat atau menghentikan pertumbuhan berbagai bakteri patogen, mikroorganisme, juga fungus.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The Benefits of Honey + How to Incorporate It Into Your Diet. https://health.clevelandclinic.org/the-benefits-of-honey-how-to-incorporate-it-into-your-diet/. Accessed on Sept 10, 2021

The Health Benefits of Honey and Its Nutritional Value. https://www.eufic.org/en/healthy-living/article/the-health-benefits-of-honey-and-its-nutritional-value. Accessed on Sept 10, 2021

Honey. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-honey/art-20363819. Accessed on Sept 10, 2021

Prashanth Shetty, A. Mooventhan, and Hongasandra Ramarao Nagendra. (2016). Does short-term lemon honey juice fasting have effect on lipid profile and body composition in healthy individuals? https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4910284/. Accessed on Sept 10, 2021

Prashanth Shetty, A. Mooventhan, Hongasandra Ramarao Nagendra. (2016). Does short-term lemon honey juice fasting have effect on lipid profile and body composition in healthy individuals? https://www.researchgate.net/publication/303360056_Does_short-term_lemon_honey_juice_fasting_have_effect_on_lipid_profile_and_body_composition_in_healthy_individuals. Accessed on Sept 10, 2021

Versi Terbaru

09/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

5 Resipi Sambal Penyet Bikin Ketagih, Ada Juga Resipi Ala Khairul Aming Yang Sedap Meletop!

Teringin Nak Makan Kek Tapak Kuda Viral? Buat Sahaja Di Rumah, Resipi Mudah & Sihat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan