backup og meta

Manfaat Teh Hijau

Manfaat Teh Hijau

Teh hijau terkenal dengan kesannya terhadap kesihatan kita termasuk kehilangan lemak, risiko kanser rendah atau anti-penuaan. Artikel ini merangkumi manfaat teh hijau yang diluluskan dalam kajian berbeza.

Teh Hijau- Antioksidan yang kuat

Teh hijau mengandungi cetechin dan flavonoid, yang menghalang badan daripada menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah apa yang menyebabkan penuaan dan penyakit-penyakit lain. Teh hijau juga mempunyai Epigallocatechin Gallate (EGCG), yang merupakan antioksidan yang kuat yang boleh merawat pelbagai keadaan kesihatan.

Selain itu, antioksidan dalam teh hijau boleh membantu mencegah kanser. Ia mempunyai kesan ke atas pertumbuhan sel-sel kanser. Peminum teh boleh mengurangkan risiko untuk mendapat jenis kanser dengan ketara. Walau bagaimanapun, anda harus ingat bahawa anda tidak perlu meletakkan susu dalam teh anda kerana ia boleh menghapuskan kesan antioksidan.

Ia baik untuk otak anda …

Teh hijau juga mengandungi sejumlah kafein, walaupun tidak sebanyak pada kopi. Ia akan membuat anda terjaga untuk seketika dan juga, membawa kebaikan  untuk otak. Perangsang ini akan menyekat Adenosina, yang menghentikan neurotransmitter, meningkatkan tembakan neuron dan meningkatkan jumlah neurotransmitter misalnya, dopamine dan norepinephrine.

Tambahan pula, ia telah dikaji bahawa kafein boleh meningkatkan mood, memori dan masa tindak balas. Teh hijau juga mempunyai kesan perlindungan pada otak kita pada usia tua. Sebatian bioaktif dalam teh hijau boleh mengurangkan risiko Alzheimer dan Parkinson, yang agak biasa semasa usia tua.

… dan keadaan fizikal anda juga.

Ia adalah salah satu manfaat terbesar teh hgijau untuk meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran lemak. Mekanisma di sebalik ini adalah kafein daripada minuman teh akan menggerakkan asid lemak daripada tisu lemak, mengurangkan komposisi lemak dan menjadikan mereka tenaga bersedia untuk aktiviti fizikal.

Ini jelas akan meningkatkan prestasi fizikal dan mencegah obesiti, terutamanya diabetes jenis II, yang melibatkan guka dalam darah yang tinggi disebabkan kekurangan insulin. Teh hijau dipercayai meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan tahap gula dalam darah.

Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Beberapa faktor risiko utama ditemui akan dipengaruhi oleh tabiat meminum teh. Ini termasuk tahap kolesterol, kolesterol LDL dan triglycerides. Sebagai antioksidan yang kuat, minuman ajaib ini boleh menghalang zarah kolesterol LDL daripada pengoksidaan, yang menjadi punca kepada penyakit jantung.

Anda mungkin mahu mengamalkan tabiat meminum teh kerana ia boleh mengurangkan berat badan, meningkatkan prestasi mental dan fizikal anda, dan membawa kebaikan ke jantung anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Proven Benefits of Green Tea. https://authoritynutrition.com/top-10-evidence-based-health-benefits-of-green-tea/. Accessed March 12, 2017

Versi Terbaru

11/05/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan